PAS Nafi Bincang Agih Kerusi Dengan PPBM

AIDCNews – 09/03/17 –Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob menafikan dakwaan hubungan partinya dengan PPBM semakin bertambah baik dan kini ke peringkat sama-sama bersetuju untuk berunding mengagih kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Beliau berkata, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat atau arahan mengenai perkara itu.

Dalam masa yang sama beliau menegaskan keputusan untuk mengagih kerusi adalah hak mutlak Pesuruhjaya PAS negeri

“Tidak ada, setakat ini kita tidak ada maklumat bahawa PAS ajak PPBM untuk pengagihan kerusi.

“Kita cuma diberi laluan untuk bersama atas pentas menyatakan perjuangan masing-masing,” katanya kepada pemberita di Program Pemukiman Menteri Besar dan Pemimpin Kerajaan Negeri Bersama Rakyat bagi Jajahan Kota Bharu di Majlis Daerah Ketereh (MDK) di sini hari ini.

Ahmad diminta mengulas dakwaan Presiden PPBM, Tan Muhyiddin Yassin bahawa PAS sudah bersedia berunding dan menjemput PPBM mengenai pembahagian kerusi pilihan raya umum.

Semalam, Muhyiddin mendakwa hubungan partinya dengan PAS semakin positif sehingga ke peringkat dijemput untuk sama-sama berunding agihan kerusi bagi menghadapi PRU 14.

“(Hubungan kami dengan PAS) bertambah baik. Kami dijemput ke majlis (anjuran) PAS setiap hari… ini perkembangan baik.

“Sebelum ini, tiada tetapi mereka sekarang menjemput kami untuk membincangkan agihan kerusi.

“Ini satu kemajuan,” kata Muhyiddin dalam satu sidang media di ibu pejabat PPBM di Petaling Jaya.

Walau bagaimanapun dakwaan Muhyiddin itu turut dinafikan Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad.

Beliau berkata hubungan PAS-PPBM belum lagi ke peringkat serius, cuma di peringkat saling berkenalan sahaja.

“Kita tak bincang apa pun lagi, belum ada ketetapan.

“Masih berlangsung (rundingan), kita (PAS) dengan dia (PPBM) tak ada kata putus lagi. InsyaAllah.. kita masih baru.. takkan nak terus menikah, merisik dulu,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi parlimen hari ini.

Idris bagaimanapun menegaskan bahawa hubungan antara PAS dan PPBM pada ketika ini berjalan seperti biasa di mana kedua-dua parti sering terlibat dalam program di pentas yang sama.

“Kita sekarang naik pentas sama, pastikan mesej kita sama.

“Sekarang ini kita buat program dulu, sampai ketika nanti akan ada lah,” katanya sambil menambah apa saja keputusan yang melibatkan kedua-dua parti itu akan dilakukan secara konsensus dan kemudian dimaklumkan kelak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s