Bukan DAP Saja Boleh Tentukan Siapa PM, Kata Dr M

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan cadangan DAP supaya melantik Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri jika pembangkang menang pilihan raya akan datang.

“Bukan DAP sahaja yang boleh tentukan siapa (jadi perdana menteri). Kalau dia (DAP) dalam gabungan parti lawan, parti lain pun ada hak untuk suarakan pendapat mereka,” kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

“Kita tak tolak apa dicadangkan DAP. Keputusan satu sahaja anggota gabungan dalam parti lawan tak memadai,” katanya kepada wartawan di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Semalam, Ahli Parlimen DAP, Anthony Loke berkata Wan Azizah, yang juga isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, boleh menjadi perdana menteri wanita pertama jika Pakatan Harapan menang pilihan raya akan datang.

Loke berkata demikian selepas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengimpikan seorang perdana menteri wanita di malaysia menjelang 2050, selaras dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

“Kita bersedia menyokong Permatang Pauh (Wan Azizah) sebagai perdana menteri jika diberikan mandat. Tidak perlu tunggu 2050,” kata Loke ketika membahaskan titah ucapan diraja di Dewan Rakyat – FMT

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s