Jalan Politik Dr Mahathir, Muhyiddin & Mat Sabu Semakin Sesat – Jawatankuasa BERSIH

AIDCNews – 10/03/17 –Kritikan keras Anggota Jawatankuasa BERSIH, Mandeep Singh Karpall Singh berkenaan masa depan Pakatan Harapan yang menemui jalan kelam pada PRU 14 membuktikan penubuhan parti baharu, PAN dan PPBM tidak mempunyai nilai tambah, bahkan membawa blok pembangkang ke arah kesesatan.

Mandeep berpendapat walaupun kemunculan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) berada di blok pembangkang, namun ketiadaan PAS, harapan pembangkang menawan Putrajaya pada PRU 14 bakal berkubur.

“Hari ini, Pakatan Rakyat sudah terkubur. Anwar kembali dihumban dalam sel lamanya di Sungai Buluh, Lim Guan Eng pula sedang menghitung hari sebelum dimasukkan ke tirai besi sekali lagi, dan Rafizi Ramli juga menantikan nasib yang sama.

“Hari ini, saya berani berkata bahawa pembangkang akan kekal sebagai pembangkang untuk sedekad akan datang atau mungkin lebih,”rumus Mandeep dalam satu rencana kepada Malaysiakini.

Pegawai sekretariat BERSIH itu menegaskan rumusan itu bukan pendapat peribadinya sahaja, malah pendapat orang ramai yang pernah ditemuinya.

“Saya bercakap dengan ramai orang. Mereka menyatakan kurang minat untuk menyertai pilihan raya akan datang kerana tidak melihat sebarang harapan dalam pembangkang. Saya rasa saya perlu bersetuju. Tidak ada harapan lagi.”

Tambah Mandeep, keadaan lebih buruk lagi apabila PAN pimpinan Mat Sabu gagal melakukan lonjakan politik di luar kotak sebaliknya hanya terhad kepada perbalahan dalaman dengan PAS sahaja.

“AMANAH yang juga sibuk bercakaran dengan bekas teman sebilik mereka – PAS?”

Begitu juga dengan PPBM dilihat Mandeep sebagai satu kapal, dua nakhoda yang sering berbeza pendapat antara satu sama lain.

“BERSATU yang mana presiden dan pengerusi masing-masing bercakap mengenai perkara berbeza mengenai isu sama.”

Ia merujuk kepada keputusan yang berbeza diambil oleh Pengerusi PPBM, Dr Mahathir dengan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin.

Walaupun Dr Mahathir dan Muhyiddin merupakan nama besar, namun pegawai sekretariat BERSIH itu seolah-olah mencurigai matlamat kedua-dua tokoh itu menghampiri PH yang ditunjangi DAP.

“Kita tidak boleh menjangkakan satu lagi tsunami politik untuk mengubah status quo. Kita tidak boleh terus mengharapkan peratusan keluar mengundi yang tinggi.

“Rakyat kini keletihan. Mereka bosan dengan rejim yang korup. Mereka juga bosan dengan pembangkang yang berpecah-belah dan asyik bercakaran sesama sendiri.

“Tetapi lebih dikesali bahawa berlaku episod di mana beberapa personaliti mula secara perlahan-lahan menyerlahkan wajah hodoh sebenar mereka.

“Kemenangan rakyat dengan adanya pemimpin sebenar yang mewakili kepentingan mereka dalam kerajaan, hanya akan berlaku jika terdapat kumpulan pembangkang sebenar yang akan muncul; pembangkang dengan agenda pembaharuan sebenar, kuat dan kepimpinan yang bersatu.

“Kita tidak boleh lagi bergantung kepada pemimpin yang mempunyai kepentingan peribadi sebagai kepentingan utama mereka. Tidak ada cara kita boleh menyelamatkan Malaysia dengan pemimpin yang bersikap sedemikian.”

Advertisements

3 thoughts on “Jalan Politik Dr Mahathir, Muhyiddin & Mat Sabu Semakin Sesat – Jawatankuasa BERSIH

  1. Masya Allah !!!

    Betapa jumudnya pemikiran, surut dan kontangnya kasih,sayang dan cinta serta tolol dan bahalulnya tindakan pemimpin-pemimpin Melayu Islam terhadap nasib agama, bangsanya dan juga negara gara-gara semangkuk cita-cita dan matlamat politik peribadi yang akhirnya “Menang jadi arang dan kalah jadi abu” dan amat menyedihkan bila “Menang kampung tergadai”.

    Tidak cukup terharu dan sedarkah lagi kita bila melihat betapa perit dan sengsaranya nasib umat Melayu Islam hari ini kesan Tragedi Temasek lebih 50 tahun lalu ? Belum lagi diambilkira nasib pada zaman penjajahan para bajingan kulit putih daripada Barat. Apakah kepingin dan kemaruk benar kita semua melihat ia berlaku di negara kita hanya sekadar untuk memenuhi agenda politik pemimpin-pemimpin yang berkepentingan peribadi melebihi kemaslahatan ummah ? Janganlah nantinya, kita yang berkepayahan membina, orang yang bertandang mengutip hasilnya…

    # Serulah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan berbincanglah dengan penuh kebaikan. Biarlah kita berbeza dan bertelingkah pendapat, jangan sesekali kita bercakaran dan bermusuhan sesama sendiri lebihi-lebih lagi untuk bersekongkol dengan musuh agama dan bangsa. Biarlah matlamat untuk membina Baldatun Toibatun warabbun Ghafuur dlakukan dengan penuh rasa tawaduk, insaf dan mujahadah keranaNya.Persengketaan hanya merugikan semua !

    Astaghfirullah !!!

    Like

  2. Pakatan Pembangkang tidak mempunyai prinsip perjuangan,itulah kelemahan yang paling nyata dikalangan mereka.Mereka menganggap [erjuangan politik adalah sama dgn peperangan ,itulah sebabnya mereka menggunakan falasafah ‘musuh kepada musuh kita adalah kawan kita’.Walhal pihak yg berkaitan yg di terima sebagai ‘kawan’ tadi tidak langsung sama asas perjuangannya dgn mereka.Sikapa ini bukan saja membayangkan mereka tidak faham perjuangan mereka sendiri,malah membayangkan sebenarnya mereka mengutamakan kepentingan mereka ,bukan perjuangan mereka.Kalau mereka berjaya mendapat kuasa kumpulan yg begini tidak akan membawa negara kemana-mana malah mengkin akan lebih teruk dari regim yg ada.

    Sebenarnya kalau di analisa dari segi politik jangka panjang,sejak dulu dan masa depan,perpecahan dalam Umno yg menimbulkan serpihan Umno selama ini telah memberi kebaikan kepada Umno sendiri.Kerana anasir dari pepecahan Umno inilah yg mengkucarkacirkan pembangkang dari segi hala tuju dan prinsip mereka,termasuklah Pas sendiri.Anasir dari serpihan Umno inilah yg ‘menggunakan dan menodai ‘ parti pembangkang tanpa mereka sedar.Sekarang perjuangan DAP sedang ternoda dan perjuangan PAS pula sedang terkial-kial memulihkan asas perjuangan mereka.Yang menjadi mereka begini ,ialah anasir dari serpihan Umno,iatu,bermula dari Ku L dgn S46,i,Anwar dgn PKR dan kini Mahathir dgn PPBM.Walau pun Umno terpaksa menghadapi tekan sementara ,namun jangkan panjang perjalanan nya kian lancar dan lebih tenang.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s