Pengarah Strategi PAN Berusaha Gigih Ke Arah Malaysia Demokrasi Liberal

AIDCNews – 10/03/17 –Pengarah Strategi PAN, Dr Dzulkefly Ahmad dilihat sedang bekerja keras ke arah mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi liberal.

Dalam satu forum bertajuk “Adakah Malaysia bersedia untuk parti politik liberal” pada 4 Julai 2015, anjuran IDEAS, Dr Dzulkefly duduk sebaris dengan Pengarah eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan; Presiden Liberal International ke-13, Dr. Juli Minoves dan Pengarah Eksekutif IKD, Khalid Jaafar.

Kempen Parti Liberal Malaysia

Dari kini, Wan Saiful, Dr. Juli Minoves, Dr Dzulkifli dan Khalid Jaafar

Menyorot sejarah, seorang penulis, Ahmad Hakimi Othman mendedahkan Dr Dzulkefly dikenali juga sebagai Abu Iman, bersama-sama dengan Abu Urwah (Saari Sungip) telah menggerakkan satu kumpulan pelajar Malaysia dikenali sebagai IRC (Islamic Representative Council) di United Kingdom dan Amerika Syarikat sekitar tahun 80-an

Sekembalinya ke Malaysia, aktivis-aktivis IRC menubuhkan JIM (Jemaah Islah Malaysia) pada tahun 1990-an dan menukar nama kepada IKRAM pada tahun 2009.

Asalnya aktivis-aktivis IRC berada dalam PAS, di mana mereka diberi peranan penting seperti Dr Dzulkefly dilantik Pengarah Penyelidikan PAS pusat, Dr Mujahid Rawa, Ahli Jawatankuasa PAS pusat dan Saari Sungip dalam PAS Selangor.

Namun, pada pertengahan 2015, aktivis-aktivis IRC bertindak keluar daripada PAS untuk menubuhkan parti baharu yang dinamakan Parti Amanah Negara (PAN) dan menjalinkan hubungan dengan DAP.

Selepas PAN bersama DAP, imej Islamik liberal Dr Dzulkefly semakin terserlah apabila sering bersama-sama dengan IRF (Islamic Renaissance Front), SIS (Sister In Islam) dan kumpulan G25.

Program-program IRF, SIS dan G25 kebanyakannya ditaja oleh badan pemikir Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Penang Institute.

Apabila Bukan Islam Mengajar Umat Islam Berkenaan Maqasid Syariah

Penang Institute Sarang Penyebar Islam Liberal

Menurut dokumen G25 Malaysia, Dr Dzulkefly adalah salah seorang ahli kumpulan G25.

Ahli-ahli G25 yang lain adalah; Dato Noor Farida Ariffin, Dato Dr. Farouk Musa (IRF), Dr Anwar Fazal (MIN), Zainah Anwar (SIS), Dr Maznah Mohamad (SIS), Tan Sri Dato’ Mohd. Sheriff Mohd. Kassim, Prof. Dr. Chandra Muzaffar, Dato Dr. Asiah Abu Samah, Dr. Azmi Sharom, Prof. Shad Saleem Faruqi, Dato Mohd Hishamudin Yunus, Rosli Dahlan, Ratna Osman (SIS), Dr. Mohamed Nawab Osman, Tan Sri Razali Ismail, Prof. Dr. Syed Farid Alatas, Prof. Dr. Din Syamsudin, Firdaus Husni, Dato Redzuan Khushairi, Dato’ Dr. Sharom Ahmat, Lim Heng Seng, Prof. Hashim Kamali, Prof. Dr Azizuddin Sani, Datuk Zainuddin A Bahari dan Mohd Tawfik Tun Dr Ismail.


Sisters In Islam (SIS) Sebaris Dengan Ulama – Pengarah Strategik PAN

Siar Artikel PAN Sokong LGBT, Dr Dzulkefly Ugut Saman FMT ?

Kenapa PAN Membisu Apabila G25 Cadang Pemansuhan Undang-Undang Khalwat ?

Advertisements

One thought on “Pengarah Strategi PAN Berusaha Gigih Ke Arah Malaysia Demokrasi Liberal

  1. Wow The useful idiots who beleive that the liberal west is heading for real human development ie equality between sexes, marriage between males and males, females and females is freedom of choice , both sexes use the same bathroom, sex is not essentially for procreation, God had wrongly placed the viginal track too close to urinal track ! Women should fight Afganistan terrorists along side men in combat comando style. Allahu mustaan.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s