Zairil Sindir PAS : Tolak Sekular, Liberal Tapi Masih Dalam Kerajaan Selangor!

KUALA LUMPUR – DAP menyindir pendirian PAS menolak sebarang kerjasama dengan mana-mana parti sekular dan liberal tetapi masih kekal dalam jentera pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan Selangor.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari berkata, malah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tunggal PAS di Pulau Pinang menyuarakan sokongannya terhadap kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.

“Bagaimana pula PAS boleh mempertahankan keputusan tidak mahu bekerjasama dengan parti sekular dan liberal atas dasar prinsip apabila PAS sehingga kini masih kekal dalam kerajaan Selangor.

“Adakah pendirian (ADUN tunggal PAS di Pulau Pinang) ini juga atas dasar prinsip?,” sindirnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau mengulas keputusan PAS menolak pelawaan DAP untuk bekerjasama menumbangkan parti kaum Melayu UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

PAS menolak pelawaan itu kerana enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang memperjuangkan dasar sekular dan liberal yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Dua tahun sebelum itu PAS disingkirkan daripada pakatan pembangkang oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam yang dianggap menyusahkan pembangkang.

Zairil seterusnya mempersoalkan mengapa bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa hayatnya memuji dan pertahankan DAP jika prinsip sekular dan demokrasi sosial begitu jijik pada pandangan PAS. – Mynewshub.cc

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s