Kritik PAS : DAP Mula Jadikan Zairil Sebagai Kambing Hitam

KUALA LUMPUR – Kritikan Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari supaya Pas menjadi tabligh jelas menunjukkan beliau dijadikan kambing hitam sedangkan DAP mempunyai seorang pemimpin Melayu dan Islam di peringkat pusat yang lebih layak memberikan komen.

Setiausaha Agung Parti Alternatif Rakyat (PAP), Rahmat Ishak sehubungan itu menggesa Zairil supaya jangan begitu selesa menjadi kuda tunggangan parti chauvanis serta anti Islam sehingga ke tahap mempersoalkan kewibawaan sebuah parti Islam yang sepatutnya menjadi rujukan ilmiah beliau.

“Kemungkinan tindakan provokasi melampau berkenaan adalah satu isyarat jelas bahawa pihak DAP berhasrat menghalang parti PPBM daripada mempunyai sebarang bentuk kerjasama politik dengan Pas bagi menghadapi PRU14 nanti,”katanya.

Menurut Rahmat, kritikan pedas Zairil terhadap Pas menyerlahkan sikap angkuh DAP mempertikaikan kewibawaan parti Islam dengan menggunakan individu Islam di dalam parti itu sendiri.

Katanya, Zairil tidak layak mengkritik Pas agar meninggalkan arena politik negara selepas kepimpinan parti itu mengeluarkan kenyataan tidak menjadikan Pilihan Raya Umum (PRU) sebagai agenda utama.

“Apa kelayakan Zairil dari sudut ilmiah agama Islam untuk mengajar mahupun mengkritik kepimpinan parti Pas yang sudah puluhan tahun (sebelum beliau dilahirkan) bertapak sebagai entiti parti politik di negara ini melainkan kritikan berkenaan dibuat sekadar bagi menurut perintah semata-mata.

“Tindakan provokasi politik sebegini oleh parti DAP sudah dijangka bila parti berkenaan mengalami “defisit sokongan orang melayu” tanpa kerjasama Pas bagi menghadapi PRU14 nanti tetapi agak melampau bila kritikan berkenaan dibuat oleh seorang mualaf seperti Zairil secara membuta tuli,” kata bekas anggota DAP itu.

Semalam Zairil yang juga Naib Prengerusi DAP turut mencadangkan supaya ahli PAS menjadi jemaah tabligh sahaja dan tidak terbabit dalam politik lagi.

Justeru, PAP menasihatkan kepimpinan Pas seharusnya tidak menjalinkan sebarang pakatan mahupun kerjasama dengan mana-mana parti politik yang mempunyai hubungan “tahaluf siyasi” dengan DAP dan terus teguh berpegang kepada prinsip dan maruah parti.

Pas sebelum ini enggan menyertai Pakatan Harapan (PH) setelah memutuskan hubungan ‘tahaluf siyasi’ dengan DAP mengakibatkan parti itu berpecah sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (PAN). – MalaysiaGazette.


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s