PAS Lahirkan Pemimpin Islam, Bukan Kaki Kelab Malam – Dr Zuhdi

PETALING JAYA: PAS mengakui perjuangan mereka selaras dengan apa yang dilakukan jemaah tabligh dalam melahirkan ahli dan pemimpin yang bersih, kata Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS itu berkata, pendekatan Islam yang dibawa PAS dapat menghindari pemimpin daripada terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti mengunjungi kelab malam dan kaki perempuan.

“Dalam PAS memang sudah ada kegiatan menyucikan diri dan mengukuhkan kerohanian seperti yang dilakukan oleh jamaah tabligh.

“PAS memang mementingkan usaha seperti itu supaya pimpinan politik yang dilahirkan oleh PAS tidak kaki kelab malam, berpeleseran dengan wanita bukan mahram dan lain-lain,” kata beliau kepada FMT.

Zuhdi berkata demikian susulan pandangan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang, Zairil Khir Johari yang menyifatkan PAS umpama jemaah tabligh kerana tidak berminat memenangi pilihan raya.

Katanya, Zairil sepatutnya mencontohi perjuangan yang dibawa PAS dan jemaah tabligh sekali gus dapat melahirkan pemimpin yang berakhlak tinggi.

“Pemimpin yang berakhlak tinggi dan berintegriti sebenarnya lahir dari kegiatan penyucian diri dan pengukuhan kerohanian seperti yang ada dalam PAS serta jamaah tabligh.

“Dengan menawarkan pimpinan seperti ini, PAS yakin rakyat Malaysia akan menolak pimpinan politik sekular dan chauvinis seperti yang dilahirkan oleh DAP,” katanya.

Semalam, Zairil dalam penulisannya mempersoalkan haluan perjuangan PAS yang kini lebih mementingkan perjuangan agama berbanding meraih sokongan politik dan menuduh PAS lari daripada perjuangan arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS.

Zuhdi pada masa sama turut mengingatkan Zairil supaya tidak memandang rendah kepada jemaah tabligh kerana kumpulan itu mampu menumbangkan kerajaan DAP Pulau Pinang.

“Jumlah mereka yang ramai di Pulau Pinang dan pengaruh mereka yang tidak sedikit, di samping kerjasama dengan PAS dan NGO Islam yang lain, jika digembleng akan mewujudkan tsunami Islam yang akan menumbangkan DAP di negeri tersebut,” katanya – FMT

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s