Mereka Yang Keluar DAP Tidak Beri Kesan Kepada Parti -Guan Eng

AIDCNews – 13/03/17 –Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menganggap ahli yang keluar parti sebagai sampah, malah tidak pernah memberi apa-apa sumbangan kepada parti.

Guan Eng turut mempertikaikan laporan media yang menyebut seramai 182 anggota akar umbi DAP Melaka keluar parti kerana pada andaiannya hanya sekitar 20 orang sahaja.

“Kumpulan ini ada atau tidak ada, tidak memberi apa-apa kesan kepada parti kerana selama ini pun mereka tidak pernah memberi apa-apa sumbangan dalam DAP,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, DAP perlu menjaga lebih 150,000 ahli parti yang lain berbanding dengan segelintir daripada kumpulan ini.

“Saya tengok dalam gambar semalam ada lebih kurang 20 orang sahaja, itu pun tidak sampai (20 orang), tetapi media BN melaporkan 182 orang.

“Bagaimanapun, DAP kena menjaga lebih 150,000 ahlinya yang setia dan bekerja keras untuk parti,” katanya.

Semalam, Malaysiakini melaporkan seramai 182 anggota akar umbi DAP yang diketuai tujuh bekas anggota jawatankuasa DAP negeri, keluar parti kerana kecewa dengan parti itu.

Antara lain mereka berkata, DAP telah menyimpang daripada prinsip “Malaysian Malaysia”, kata bekas Setiausaha DAP Melaka, Liou Chen Kuang.

Selain Liou, enam bekas anggota jawatankuasa negeri lain yang meletakkan jawatan ialah N Ghandi, Low Chew Lim, Henry Kang, Kenny Tam, Kng Tuan Hock dan Tee Ai Yen.

Liou juga mengkritik DAP kerana “menjual maruah Cina” demi meraih undi untuk mendapat kuasa, dengan mendakwa gagal menghapuskan rasuah dalaman serta dakwaan campur tangan kepimpinan pusat dalam hal berkaitan DAP negeri.

“Kami memutuskan untuk mengambil keputusan ini selepas sebulan pertimbangan dan berunding dengan penyokong tempatan dan ahli-ahli.

“182 ahli memilih untuk keluar daripada parti kerana DAP telah menyimpang dari perjuangannya,” kata Liou yang menyertai DAP 18 tahun lalu.

LIOU Chen Kuang (tengah) bersama kira-kira 20 bekas ahli DAP yang turut mengumumkan keluar parti di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Bebas, Kota Laksamana, Melaka
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s