Penyelewengan Dana YAWAS : Jamal Tunggu Saman Teresa Kok

bnbbc – Pengerusi Gabungan NGO, Datuk Seri Jamal Md Yunos meminta Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok mempercepatkan saman terhadapnya berhubung pendedahan beliau tentang penyalahgunaan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Ini kerana menurut Jamal, terdapan enam lagi perkara yang bakal didedahkan berhubung isu tersebut dalam masa terdekat.

“Saya mengalu-alukan Teresa untuk mempercepatkan saman saya kerana saya sudah tidak sabar menunggu saman beliau supaya apa saya dedahkan ini diketahui rakyat, dan jika ia berjaya untuk dibicarakan di mahkamah, kita akan lihat bagaimana penyelewengan yang berlaku di dana YAWAS.

“Saya sedikit pun tak gentar dengan ugutan, malah saya suruh percepatkan supaya Teresa saman saya, sebab saya ada maklumat tentang apa yang saya katakan, saya bertangunggungjawab sepenuhnya, saya yakin dan percaya ada banyak masalah ketirisan dan sebagainya menguruskan dana yang sebegitu banyak, ada 7 program kesemuanya.

“Saya baru bongkar 1 daripadanya, ada 6 lagi yang saya akan dedahkan dalam masa terdekat ini,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Teresa dalam Roketkini.com yang melaporkan Naib Pengerusi DAP itu dikatakan sedang mempertimbangkan tindakan mahkamah ke atas Jamal berikutan dakwaannya terhadap Teresa.

Jamal sebelum ini mendakwa Teresa berbohong serta hipokrit kerana tidak mengaku telah menggunakan wang hampir RM2 juta sejak 2016 sehingga 24 Februari 2017.

Menurut Jamal, wang tersebut dikeluarkan melalui kad ATM Ambank atas nama Teresa sendiri.

“Teresa merupakan wakil rakyat pembohong, tak boleh dipercayai dan seorang yang hipokrit. Tuntutan dana yang perlu diberi pada setiap waris adalah sebanyak RM2500, tapi kebanyakan daripada mereka hanya baru terima RM1000 sahaja.

“Dia telah menggunakan dana YAWAS sebanyak RM2 juta yang dikeluarkan menggunakan kad ATM Ambank atas namanya sendiri,” kata Jamal dalam pendedahannya sebelum ini.

Dalam pada itu, Jamal turut mengingatkan Teresa supaya tidak mengugut mana-mana media yang melaporkan berita mengenai YAWAS kerana ia adalah tugas media untuk melaporkan berita.

Advertisements

2 thoughts on “Penyelewengan Dana YAWAS : Jamal Tunggu Saman Teresa Kok

  1. Kelihatannya ,pendedahan DS Jamal lebih berkredibiliti berbanding pendedahan Rafizi.DS Jamal juga kelihatan lebih reriouse dalam pendedahannya ,tidak ‘berjenaka’ sekperti Rafizi.

    Like

  2. sapa kata pembangkang tak rasuah… malah lebih teruk lagi… inilah sifat sebenar kafir2 DAP PKR yg menjadi idola melayu2 bebal yg relahati menjadi penjilat lobang taik para kafirun itu…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s