Zairil Larikan Diri Bila Ditanya Isu Video Berpelukan Dengan Wanita

GEORGETOWN – Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari cuba mengelak daripada menjawab isu video seorang lelaki didakwa miripnya sedang menari dan berpelukan dengan seorang wanita di sebuah kelab malam.

Zairil yang ditemui media di Kompleks Mahkamah Tinggi Georgetown di sini enggan mengulas selepas diasak media berhubung isu yang sedang tular di laman sosial itu.

Sambil meminta agar media tidak berasak dan menolaknya, Zairil turut menyoal semula kepada media tentang video yang disoal kepadanya.

“Eh…jangan tolak. Video mana?” katanya kepada media sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dan bergegas meninggalkan sidang media, hari ini.

Sebelum itu, media menyoal Zairil sama ada beliau sudah membuat laporan polis atau tidak berhubung video berdurasi 15 saat yang hangat diperkatakan di laman sosial.

Terdahulu, Zairil menyifatkan video yang dikaitkan dengan dirinya sebagai mengarut selain menafikan lelaki berkaca mata yang sedang menari sambil berpelukan dengan seorang wanita adalah dirinya – SH


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s