Kalau Bukan Faktor Mahathir, Kenapa Ahli Keluar DAP – Shamsher Singh


AIDCNews – 14/03/17 –Sekiranya kerjasama DAP dengan Tun Dr Mahathir Mohamad makin mengukuhkan pembangkang, mengapa ahli DAP bertindak keluar parti, soal bekas ahli Shamsher Singh Thind.

Shamsher berkata walaupun angka 180 ahli DAP yang keluar parti disangkal oleh Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng, namun hakikatnya 20 orang itu pun keluar parti juga.

“20 orang pun keluar. Ok kalau dia kata 180 tu tak betul tapi kenapa masih ada lagi ahli yang keluar?

“Saya rasa dia (Guan Eng) patut faham apa isunya, bukan beri alasan begitu. Bukan semua orang berani datang jumpa media pun, kalau ahli dah menyampah dia keluar saja dan tak perlu datang depan media.

“Itu menunjukkan parti ini dia kena dengar cakap akar umbi, dia tak boleh kata kalau awak tak puas hati boleh keluarlah. Kalau dia cakap macam tu, itu menunjukkan dia tak berminat nak jaga orang sendiri,” katanya kepada Antarapos.

Menurutnya, walaupun yang keluar parti itu nampak kecil berbanding dengan ahli DAP yang sambut kehadiran Dr Mahathir ketika bekas Perdana Menteri itu dalam ke majlis DAP, namun jumlah yang ramai itu belum tentu bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Guan Eng.

“Betul buat masa sekarang ni, nak kata yang sokong Mahathir nampak macam banyak. Contoh satu persidangan DAP dan sebagainya (sokong) Mahathir beribu orang. Tapi yang keluar tu sedikit, yang masih belum keluar itu tak bermaksud mereka sokong apa yang Guan Eng dan Kit Siang buat.

“Cuma mereka diam saja sebab mereka pun tak ada pilihan, nak buat apa pun tak tahu. Saya rasa parti ini hanya akan dapat lihat kesan tu hanya selepas pilihan raya, bila dia tengok mereka banyak kalah di kawasan sendiri baru mereka akan sedar,” katanya.

Sejak dari tahun 1981 hingga 2003, ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, Kit Siang dan DAP mengambil sikap menentang dengan membongkar pelbagai penyelewengan yang dilakukan oleh bekas PM selama 22 tahun itu.

Namun, Kit Siang dan Guan Eng telah membuat pusingan u dengan bekerjasama semula dengan Dr Mahathir selepas Mac 2016.

“Jadi sekarang ahli nampak, apa yang DAP kata kat Mahathir selama ini semua tipu, tak betul. Mahathir tak pernah pun terlibat dalam skandal-skandal ni..

“Atau Mahathir memang terlibat tapi DAP tak tahu malu dan sanggup bekerjasama demi kepentingan politiknya,” soal Shamsher lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s