Muhyiddin Nafi Setuju Dengan Pindaan Akta 355

PETALING JAYA: Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau bersetuju dengan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Ujar mantan Timbalan Perdana Menteri itu, parti akan meneliti usul tersebut terlebih dahulu sebelum memnbuat pendirian rasmi.

“Sehingga kini, saya sebagai Ahli Parlimen Pagoh, masih tidak mengetahui kedudukan akhir (pindaan yang dicadangkan) yang akan dibahaskan di Parlimen, jadi adalah susah untuk membuat keputusan muktamad.

“Jadi kita akan tunggu dan lihat bagaimana bentuk akhir yang akan dibentangkan sama ada oleh Datuk Seri Hadi Awang ataupun oleh kerajaan sendiri,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PPBM di Petaling Jaya tengah hari ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini berkata Muhyiddin pada dasarnya bersetuju dengan usaha parti itu untuk meminda Akta 355.

Menyangkal kenyataan Tuan Ibrahim, Muhyiddin berkata kenyataan pemimpin PAS itu tidak sepenuhnya tepat.

“Pendirian saya adalah kita mahu melihat keadaan dahulu tetapi ada pihak mengandaikan bahawa kita telah bersetuju.

“Bagaimana kita mahu bersetuju apabila kita belum lagi jelas (mengenai pindaan yang dicadangkan)?” soalnya – AP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s