PAS Tekad Tanding Di Balakong & Serdang Yang Diwakili DAP

AIDCNews – 14/03/17 – PAS Selangor bertekad akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan Parlimen Serdang yang diwakili DAP, lapor Pemuda PAS Kuala Selangor.

“DUN Balakong sebelum ini ditandingi oleh DAP dan MCA dan ia mempunyai komposisi pengundi yang menyebelahi masyarakat Cina di bawah 50 peratus, namun PAS melalui gerak kerja mereka sebelum ini sudah mula menembusi kawasan-kawasan Melayu dan penduduk Cina dengan mengadakan pelbagai program berbentuk ziarah santai dan penerangan.

“Forum seumpama ini menurut Ketua Pemuda PAS Serdang Sdr. Rosli Jusoh akan diteruskan lagi bagi membawa imej PAS yang tekad untuk bertanding di DUN Balakong dan seterusnya Parlimen Serdang, lapornya.

Pada PRU 13, DUN Balakong dimenangi oleh calon DAP, Eddie Ng Tien Chee, manakala Parlimen Serdang dimenangi oleh Dr. Ong Kian Ming.

Pemuda PAS Kuala Selangor berkata demikian sebagai merujuk kepada satu program forum ‘Halatuju Politik Malaysia’ anjuran Unit Kerja Jemaah (UKJ) DUN Balakong yang dirasmikan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim Jasin di Bandar Tun Hussin Onn.

Forum itu menampilkan dua ahli panel iaitu Dr. Mohd Zuhdi Marzuki, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat dan Ustaz Hakimi Othman, Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Selangor serta
dipengerusikan Khairul Nadzir Helmi, Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Serdang merangkap Pengarah Akademi Kepimpinan Pemuda Dewan Pemuda PAS pusat.

Kedua-dua ahli panel itu telah mengupas isu-isu semasa dalam konteks hala tuju PAS berkaitan dengan “Dokumen Hijau” dan “Budaya Politik Matang dan Sejahtera” (BPMS).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s