Rumah Urut & Judi: Jamal Yunos Minta SPRM Siasat PBT Selangor

AMPANG: Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meningkatkan siasatan ke atas penglibatan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam aktiviti perniagaan tidak bermoral di Selangor.

Beliau berkata berkata SPRM wajar meluaskan pencarian mereka kepada PBT yang membiarkan penyalahgunaan lesen, seperti rumah urut haram dan pusat judi haram, dijalankan di negeri itu.

“Saya minta pihak berwajib menyiasat penglibatan PBT, bukan hanya kepada polis, bomba dan penguatkuasa agensi lain,” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Jamal mengulas penangkapan 12 individu daripada pelbagai agensi penguatkuasaan di Selangor oleh SPRM semalam.

Mereka yang ditangkap terdiri daripada 2 pegawai polis berpangkat inspektor, 5 anggota polis, 4 anggota bomba dan seorang pegawai Majlis Perbandaran Kajang.

SPRM berkata suspek dipercayai menerima rasuah antara RM300 hingga RM10,000 bagi setiap kedai urut yang dilindungi.

Siasatan SPRM juga menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab anggota penguatkuasa yang terlibat kerana bukan setakat mengutip wang rasuah tetapi mengalakkan perkembangan aktiviti tidak bermoral di premis itu.

Jamal juga menggesa Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menarik balik lesen pusat hiburan atau pusat kesihatan yang disalahgunakan untuk menjalankan kegiatan judi dan urut haram.

“Penangkapan SPRM itu jelas pendedahan sebelum ini sudahpun diambil tindakan,” katanya.

Pada 26 Disember, Jamal menyerbu 2 pusat perjudian haram di Ampang Jaya dan mendakwa premis itu antara 400 pusat perjudian dan 600 rumah urut yang beroperasi di Ampang Jaya – FMT

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s