Acara Tahunan Majlis Peguam Hidang Arak – Peguam Muslim

PETALING JAYA: Sebuah badan mewakili peguam Islam mempertahankan usaha seorang peguam membawa usul melarang arak dihidang pada acara tahunan Majlis Peguam, dengan berkata ia merupakan sebab ramai peguam beragama Islam keberatan hadir.

Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mengetuai Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), berkata amalan menghidangkan arak sewaktu acara badan tertinggi peguam itu sesuatu yang sudah lama berlaku.

“Di peringkat awal amalan guaman saya, memang sangat berleluasa minum arak di khalayak awam. Sekarang ini masih lagi ada, cuma tidak sangat terbuka.

“Ini yang menjadikan ramai peguam Islam agak keberatan termasuk saya untuk pergi,” katanya kepada FMT, hari ini.

Peguam Mohd Amir Sharil Bahari Md Noor dilaporkan mencadangkan usul melarang arak, untuk dibahas di mesyuarat am tahunan Badan Peguam Malaysia.

Amir berkata, bajet untuk menganjurkan sesuatu acara meningkat sehingga 40% apabila arak dan minuman keras dihidangkan, selain ia membahayakan kesihatan.

Zainul berkata kebiasaannya, alkohol dihidangkan sewaktu acara tarian dan makan malam. Walaupun minuman keras diasingkan, peguam Islam masih tidak selesa dengan keadaan itu.

“Majoriti ahli adalah ahli beragama Islam. jadi perlu menghormati sensitiviti orang Islam.

“Walaupun ada pihak lain yang minoriti, kita juga sepatutnya hormati seperti orang Hindu yang tidak boleh makan daging lembu,” katanya yang bersetuju dengan usul Amir.

FMT difahamkan alkohol dihidangkan pada setiap acara Majlis Peguam peringkat negeri dan kebangsaan tetapi sesiapa mengambilnya perlu membayar sendiri dan tidak dikira sebagai sebahagian daripada kos acara tersebut – FMT

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s