Kit Siang Marah Dilabel Seorang Ahli Politik Retorik Selama 50 Tahun

AIDCNews – 15/03/17 – Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak dapat menahan kemarahannya apabila dilabel seorang pemimpin politik yang retorik selama 50 tahun di Malaysia oleh Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

“Dalam sejarah politik dunia barangkali kita terdengar, Tun Dr Mahathir (Malaysia), 23 tahun; Presiden Ferdinand Marcos (Filipina), 31 tahun; Mungkin kit mendengar Saddam Hussien (Iraq), 30 tahun; Robert Mugabe (Zimbabwe) 37 tahun; pemimpin Korea Utara, Kim Il-sung selama 46 tahun; Gelang Patah (Kit Siang) capai 50 tahun dengan retorik politiknya, saya ucapkan tahniah kepada beliau,” kata Annuar semasa membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

“Tetapi yang pastinya politik beliau (Kit Siang) masih tidak berubah..” tambah Annuar, ketika ini Kit Siang bangun untuk mencelah.

“Yang berhormat, sila duduk, saya belum bagi laluan,”kata Annuar kepada Kit Siang.

Kit Siang yang enggan duduk meninggikan suara sambil berkata “Kalau takut bagi jalan, jangan buat pertuduhan…”

Ketika itu, Anuar dan Kit Siang sama-sama bertegang leher sambil masing-masing meninggikan suara.

“Pengecut, penakut,ayam..” jerit Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng.



Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s