“Pimpinan PPBM Beritahu Sukar Bersama Dengan PH” – Dedah Setiausaha PAS

AIDCNews – 15/03/17 –Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan melahirkan rasa pelik dengan sikap pimpinan PPBM yang membuat keputusan berbeza semasa berunding dengan pimpinan PAS dan di luar rundingan.

Di luar rundingan, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan PPBM akan menyertai Pakatan Harapan (PH) dalam masa terdekat tetapi semasa berunding dengan pimpinan PAS, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata partinya sukar untuk bersama PH.

Takiyuddin berkata rundingan PAS dengan PPBM dijalankan sebelum ini kerana parti Islam itu beranggapan PPBM hanya menandatangani MoU kerjasama politik dengan PH dan bukannya mahu bergabung dengan PH.

“PPBM bukan salah satu daripada komponen PH. Mereka, kita difahamkan hanya tanda tangan satu MoU untuk kerjasama politik dan bukan sebahagian daripada PH.

“Kalau mereka buat keputusan nak sertai PH sebagai komponen, saya rasa itu kita kena teliti balik (rundingan bersama PAS)” katanya ketika ditemui pemberita di Persidangan Antarabangsa Rohingya malam tadi.

Takiyuddin turut mendedahkan pertemuan terakhir antara PAS dan PPBM, di mana pimpinan PPBM itu pernah membayangkan kesukaran untuk bersama PH.

“Tapi perjumpaan kita yang terakhir dengan beberapa pimpinan PPBM, mereka mengatakan bahawa mereka mungkin agak sukar nak bersama dengan PH. Itu yang diberitahu kpada kita.

“Kalau mereka sertai PH, mereka jadi rakan paling junior, itu yang digambarkan kepada kita. Tapi kalau majlis tertingginya dah buat keputusan, kita kena teliti balik… Kalau itu keadaannya, mungkin apa yang dihasratkan mereka (untuk berunding dengan PAS) mungkin tak dapat direalisasikan,” ulasnya lanjut.

Advertisements

One thought on ““Pimpinan PPBM Beritahu Sukar Bersama Dengan PH” – Dedah Setiausaha PAS

  1. Agak menarik..semua parti keluarga Pakatan Harapan adalah merupakan parti-parti serpihan belaka..

    DAP – serpihan dari parti PAP
    PAN – serpihan dari parti PAS
    PKR dan Parti Bunga – serpihan dari parti UMNO

    Dan..parti DAP adalah paling dominan dari segi usia serta perinsip perjuangannya berbanding PKR, PAN dan Parti Bunga.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s