Tun Mahathir Berceramah Dalam Program PAN Di Kelantan

AIDCNews – 15/03/17 – Bagi mengesahkan hasrat PPBM mahu menyertai Pakatan Harapan (PH), Pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berceramah dalam program anjuran Pemuda Parti Amanah Negara di Cherang, Kota Baru Kelantan malam ini.

Turut bersama Dr Mahathir adalah Penasihat PAN Kelantan, YB Haji Husam Musa, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dan ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim.

Empat bendera dipasang di pentas utama ketika Dr Mahathir berceramah iaitu bendera PKR, PPBM, PAN dan DAP.






Sebelum itu, sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu hari ini, Dr Mahathir memberitahu pemberita bahawa PPBM telah memilih PH berbanding dengan PAS.

“Pakatan Harapan sudah ada, kita sekarang bersetuju bersatu dengan menyertai pakatan supaya kita menjadi satu posisi yang sama.

“Kalau dia (PAS) tidak mahu, saya tidak boleh kata apa, bagaimanapun pintu kita terbuka, bukan sahaja PAS, mana-mana parti yang nak masuk pun boleh,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s