DAP Iktiraf Mahathir Pejuang ‘Malaysian Malaysia’ Sama Seperti Kit Siang

AIDCNews – 16/03/17 – DAP kini melabel Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang pejuang ‘Malaysian Malaysia’ (Malaysia untuk semua rakyat Malaysia), visi yang sama diperjuangkan penasihat parti itu, Lim Kit Siang sejak dari tahun 1969.

Label itu cuba dipotretkan oleh organ DAP, Roketkini selepas parti itu dilanda pelbagai kritikan dalaman termasuk ahli mengumumkan keluar parti, ekoran perubahan polisi DAP yang berkerjasama semula dengan Dr Mahathir, musuh nombor satu DAP sebelum ini.

Lim Kit Siang pernah melabel Dr Mahathir pemimpin korup di Malaysia menerusi bukunya bertajuk ‘Skandal Kerugian Bank Negara Berjumlah RM30 bilion Akibat Pertukaran Matawang Asing’ diterbitkan pada 1993, kini telah menukar pendirian bekerjasama politik dengan bekas Perdana Menteri 22 tahun yang dilabel korup itu.

Perubahan polisi Kit Siang daripada menentang kepada menyokong Dr Mahathir telah menimbulkan kekeliruan di kalangan akar umbi parti itu.

Salah satu alasan mereka yang keluar parti menuduh DAP kini telah lari daripada pejuangan asal untuk memertabatkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ di negara ini.

Ekoran protes dalaman DAP hingga mendorong ahli-ahli keluar parti, organ DAP berusaha keras untuk menjustifikasi semula kewajaran Kit Siang berkerjasama dengan Dr Mahathir.

“Kerjasama Mahathir dan Kit Siang melalui Pakatan Harapan + Bersatu mungkin bakal melahirkan semula usaha untuk mencapai wawasan Bangsa Malaysia, iaitu mencapai kesejahteraan bagi semua kaum termasuk Melayu, dan demi negara (nation),” rumus penulis Roketkini, Wan Hamidi Hamid dalam rencana terbaharu bertajuk “Mengapa Mahathir berkawan dengan Kit Siang?

Kebijakan penulis DAP meletakkan tajuk seumpama itu sudah menggambarkan Kit Siang pemimpin nombor satu DAP sejak dari tahun 1969 merupakan pemimpin yang lebih hebat berbanding dengan Dr Mahathir yang hanya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Advertisements

4 thoughts on “DAP Iktiraf Mahathir Pejuang ‘Malaysian Malaysia’ Sama Seperti Kit Siang

  1. apakah mahathir setuju dengan pengiktirafan tersebut dimana majoriti Orang Melayu & Bumiputera percaya dikalangan ahli ppbm sendiri pasti tidak setuju pengerusi(ppbm) mereka diiktiraf sebagai pejuang “Malaysian Malaysia” oleh DAP kerana terma “Malaysian Malaysia” itu bermaksud memansuh & membuang perkara 153 yang telah termaktub dalam perlembagaan negara?

    mahathir harus dengan segera memberi penjelasan & pendirian tentang pengiktirafan sebagai pejuang “Malaysian Malaysia’ yang diberikan DAP itu sama ada mahathir setuju atau tidak…jika mahathir setuju dengan pengiktirafan tersebut maka ianya sudah tentu tidak baik serta tidak menguntungkan buat ppbm bagi meraih sokongan & undi dari pengundi Orang Melayu & Bumiputera kepada calon2 ppbm yang akan bertanding pada PRU14 nanti

    jika mahathir kata tidak setuju, maka akan hilanglah(tiadalah) sokongan & undi dari orang cina(pro DAP & pakatan harapan) kepada calon2 ppbm yang akan bertanding pada PRU14 nanti

    entah apa agaknya jawapan(pendirian) mahathir nanti tentang pengiktirafan tersebut???

    bodoh betul penulis DAP(roketkini) itu mengikitriaf mahathir sebagai pejuang “Malaysian Malaysia” kerana tanpa dia sedari mahathir akan ditanya oleh para wartawan untuk mendapatkan pendirian mahathir mengenai pengiktirafan tersebut,,.sudah tentu jawapan(pendirian) mahathir itu sama ada dia setuju atau tidak boleh memberi gambaran kepada rakyat tentang betapa tidak sepakat sebenarnya pakatan harapan

    Like

  2. ‘mutiny’ lebih besar boleh berlaku lagi dalam ppbm kalau mahathir setuju(terima) pengiktirafan sebagai pejuang “Malaysian Malaysia”…hari tu di Kedah dekat 500 ahli ppbm dah keluar parti

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s