DAP Semakin Berani Campur Tangan Urusan Islam – Pemuda PAS

1. DAP semakin ketara menonjolkan permusuhannya kepada Islam apabila mempertikai setiap perkara dan urusan yang ada hubungkait dengan agama ini termasuk segala imej dan simbolnya. Sekali gus, DAP telah menyerlahkan lagi doktrin politik Cauvinis atau perkauman yang didokong mereka.

2. Lontaran dikemukakan DAP mutakhir ini jelas satu bentuk perlekehan, memalit imej buruk dan campur tangan jelik yang boleh mengundang rasa tidak puas hati serta melebarkan lagi jurang perbezaan. Malah, menunjukkan DAP tidak mendokong agenda memupuk penyatuan harmoni kemajmukan masyarakat negara ini, termasuk menerusi pendidikan.

3. Penempatan guru Pendidikan Islam dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak sebagaimana dibangkitkan Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching tidak lebih sekadar alasan lunak untuk menjustifikasikan motif terselindung DAP terhadap agama Islam. Alasan atau hujah direkayasanya telah ketinggalan zaman dan umpama katak di bawah tempurung.

4. Sedangkan, proses pengajaran dan pembelajaran, termasuk silibus digunapakai adalah seragam dan standard di seluruh negara, selain para guru turut tertakluk atas tatasusila yang khas. Jika terjadi prejudis dan unsur-unsur sebagaimana didakwa, sila kemukakan bukti.

5. Realitinya pengambilan atau penempatan sedemikian telah berlaku sekian lama, bahkan turut melibatkan kakitangan atau pegawai dari jabatan lain. Tidak pernah kedengaran situasi seperti itu hingga mempengaruhi, mencemar apatah lagi merosakkan pemikiran, budaya dan falsafah daripada perbezaan yang ada.

6. DAP sengaja mencipta kesangsian tersebut dan dangkal dalam mengakui serta memahami wujudnya kerencaman yang telah sebati dengan rakyat Malaysia. Semuanya dihadap dengan penuh hormat menghormati dan saling menerima antara satu sama lain. Malang sekali, DAP bersikap biadab dan menyuguhkan suara pecah belah.

6. Malah, wakil DAP semakin melalut, menyimpang dan karut apabila turut mengheret sensitiviti berkaitan kalimah Allah, pemakaian salib, berus cat bulu babi dan mazhab yang tidak seharusnya diperbesarkan lagi dan dicetus adu domba baru.

“Bertekad Melebar Muafakat”

“Inilah Penyelesaian Kita”

*AHMAD FADHLI SHAARI*
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s