Mengaku Terbitkan Sebuah Buku, Tetapi Wan Azizah Masih Bertanya Apa Itu Akta 355

AIDCNews – 16/03/17 – Walaupun mengaku PKR pernah menerbitkan sebuah buku bertajuk “Pemerkasaan Perundangan Syariah di Malaysia,” namun presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih bertanya apa itu Akta 355.

“Kita (PKR) sudah keluarkan satu pendirian. Ini adalah hak mana-mana Ahli Parlimen. Tetapi kita nak tahu apa sebenarnya (Akta) 355 ?

“Itu mesti dijelaskan kepada kami, sebelum kami nak buat pendirian ke apa-apa ke. Kalau kita tidak jelas, apa kita nak undi ya atau tidak,”katanya.

Sebelum ini, PKR dilihat cuba menjauhi diri daripada sebarang bentuk penjelasan berkaitan dengan Akta 355, termasuk menolak perhimpunan menyokong Akta 355 anjuran PAS pada 18 Feb lalu.


Selanjutnya, sila baca “Perhimpunan 355 Anjuran PAS Tidak Perlu – Setiausaha Agung PKR” dan “Keputusan Biro Politik PKR Tolak Perhimpunan Sokong Akta 355

Malah pada 9 Feb lalu, PKR juga telah menerbitakan sebuah buku setebal 34 muka surat yang kononnya berkaitan dengan pendirian parti berhubung dengan Akta 355.

Buku itu diterbitkan atas inisiatif Biro Penerangan dan Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, berasaskan kepada pendirian Presiden PKR, Dr Wan Azizah pada 20 Oktober 2016.

Selanjutnya, sila baca “Akta 355 : PKR Terbit Buku Lawan Arus Usaha PAS

Jika Rakan Kongsi Politik : Kenapa PKR Tidak Bantu PAS Sampaikan Maklumat RUU355

PKR Tidak Sokong RUU 355 Jika Semangat Bercanggah Perlembagaan Persekutuan -Wan Azizah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s