Dari Tahun 1969, Kit Siang Tidak Berubah – Bapa Rasis Nombor 1 Malaysia

AIDCNews – 17/03/17 –Lim Kit Siang kekal sebagai bapa rasis nombor satu Malaysia sejak dari tahun 1969 hingga kini, kata penganalisis politik Kapten (B) Abdul Rahmat Tun Haniff.

Menurutnya, Kit Siang sejak dari tahun 1969 berjihad untuk mempraktikkan konsep Malaysian Malaysia di negara ini, di mana menentang keras polisi hak Melayu diberi keistimewaan kerana menurut DAP, Malaysia adalah hak milik semua tanpa mengira kaum dan agama.

“Beliau (Kit Siang) menuduh kerajaan ketika itu gagal mengadakan dan melaksanakan konsep asas Malaysian Malaysia di mana negara ini bukan milik Melayu sahaja dan penggunaan hanya satu bahasa dan satu budaya adalah bersikap menindas terhadap lain-lain kaum.

“Anda boleh baca ucapan beliau (Kit Siang) yang bertajuk ‘Jihad Untuk Malaysian Malaysia‘ ini supaya anda tidak mudah lupa seperti rakan baik Kit Siang (Dr Mahathir Mohamad) yang sanggup mendokong perjuangan Kit Siang kini untuk menghapuskan apa yang telah terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan sejak terbentuknya negara ini,”kata Abdul Rahmat dipetik blognya, Seademon Says.

Tambahnya, Kit Siang sejak akhir-akhir ini sering cuba untuk menjauhkan dirinya dari peristiwa 13 Mei 1969, walhal dia sebenarnya dalang tercetusnya tragedi berdarah itu berlaku.

Tambahnya lagi, memang benar Kit Siang tidak berada di Kuala Lumpur pada 13 Mei dan berada di Kota Kinabalu pada tarikh tersebut, namun cetusan api 13 Mei telah ditiupkannya sejak awal lagi.

“Memang benar Kit Siang ditangkap di Kota Kinabalu selepas membuat ceramah menghasut penduduk Sabah membenci kerajaan di Semenanjung dan juga menabur fitnah bahawa kerajaan tidak memandang Bumiputera di Sabah setaraf dengan orang Melayu Semenanjung.

“Namun kita tahu bibit-bibit pengapian bukan berlaku dalam sekelip mata, malah bertahun sebelum itu.

“Pada hari Ahad 1 Disember 1968, lima bulan sebelum berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, Lim Kit Siang telah mengapi-apikan semangat orang Cina di sebuah ceramah DAP di Kampung Baru Salak Selatan dengan mengumumkan ‘20 Perkara Demokrasi Sosialis Serdang’,”dedahnya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s