Majoriti Mesyuarat PAS Kawasan Usul Putuskan Hubungan Dengan PKR – Setiausaha PAS Pulau Pinang

AIDCNews – 17/03/17 – Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim mendedahkan majoriti mesyuarat PAS kawasan di negeri itu mengusulkan agar Parti Islam itu memutuskan hubungan dengan PKR.

“Majoriti PAS Kawasan bermuktamar di Pulau Pinang mengusulkan – PAS perlu putuskan hubungan talak tiga dengan PKR.

“Ada setuju ? Sila beri komen,” kata Iszuree dalam Facebook semalam.

Majoriti rakan Facebook Iszuree yang terdiri daripada ahli-ahli PAS Pulau Pinang bersetuju dengan keputusan mesyuarat PAS kawasan negeri itu.

Tambah Iszuree, akar umbi PAS Pulau Pinang mula tidak berpuas hati dengan PKR apabila terbongkar isu exco dari PKR YB Abdul Malik Abul Kassim yang bersekongkol dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkaitan dengan isu campur tangan proses fatwa di negeri itu.

“Salah satu sebab utama adalah pengkhianatan Exco PKR ke atas isu Fatwa, Exco PKR sanggup jadi Khadam kepada DAP, main-main dengan Fatwa kerana tak selari dengan Kerajaan Negeri DAP.

“Kelakuan ADUN dan Pemimpin PKR berlagak sejak menang PRU 2008 lagi, habis masa tu JKKK depa bolot. Di situ sejak 2008 kita dah nampak sifat tamak haloba adalah sama saja dengan kaum parti asal depa iaitu UMNO,” katanya.

Iszuree turut melampirkan keluhan seorang ahli PKR yang mengutus surat terbuka kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkaitan dengan perkembangan politik semasa.

Surat Terbuka
Datin Seri Wan Azizah
Presiden PKR.
Pimpinan Parti PKR.

D.S Wan Azizah dll.

Suara kecil ini, aku zahirkan sebagai tanda kasih aku kepada DSAI dan para pejuang Reformasi 98, tahun tahun di mana aku masuk ke dalam bersama Tian Chia yg koyak bajunya, zaman kami dengan unjuk rasa setiap Sabtu dan Ahad di Jalan TAR, aku di panggil Abg Man oleh DSAI dan Wan Azizah, bangganya sebagai pejuang rakyat ketika itu.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, PKR kita berlindung “panas dan hujan” di payung PAS, dan mulai bertapak seterusnya sebagai Kerajaan PR di Selangor dan lain-lain. Umur 50an penoh cita rasa jiwa pejuang.

Hari ini, dengan kudrat 70 tahun, aku hanya mampu melihat perjuangan dari mata dan hati sahaja. Tetapi malang sungguh perjuangan rakyat hanyalah tinggal sisa dan retorik. Nafsu jembalang apakah PKR melakukan sumbang berahi dengan PAN, genetik derhaka dan khianat. Hari ini PKR di mata PAS ialah serigala lapar tapi mandul aqal menilai siapakah sepatutnya didampingi.

Lagi sekali Reformis 98 di khianati pimpinan apabila bergandingan dgn PPBM pimpinan Jembalang yang menghantar DSAI ke penjara. Kegilaan kuasa sungguh kamu semua, setiakawan dan penghargaan kpd kami di longkangkan semata-mata fatamorgana Putrajaya. Jerih kami meneroka ruang, perih kami menanam benih harapan…hasilnya KAYU TIGA.

Masih terasa belantan 20 tahun lalu, air asid di Kampung Baru, boot kulit bertapak di belakang dan berusiran di jalan Istana juga Masjid Negara…walhasil manusia seperti Azmin, Zuraida, Rafizi, Saifuddin, Mohd Nor Manuty dan lain lain sanggup bermain kayu tiga dengan Pan, PPBM dan Dap demi Putrajaya. Prinsip apa yg kamu semua pakai?

Hari ini, aku longlai melihat sifat dan sikap kamu semua menyantuni kami, madu kami hulurkan, tuba yang kamu balaskan. Tunggulah kifarah seterusnya. PAS yang kamu hidup menumpang, PAN sang pengemis yang kamu gilakan.

Ahli PKR Pengundi PAS. Hidup biar bermaruah. Jangan bicara soal rakyat jika kamu sendiri sudah berkhianat.

Hj Zul Osman Abahim
Kajang, Selangor.

10/03/17

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s