Modus Operandi ‘Malaysian Malaysia’ Didedahkan Bekas Aktivis DAP

AIDCNews – 17/03/17 –Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali bin Abdul Rahman pernah mendedahkan modus operandi ‘Malaysian Malaysia’ impian DAP jika dapat menawan Putrajaya adalah untuk membuang hak keistimewaan Melayu dan mempraktikan amalan hak untuk semua kaum tanpa mengira bangsa dan agama.

Mohamad Razali ketika berceramah di Putrajaya pada 3 Julai 2012 mendedahkan modus operandi melaksanakan konsep ‘Malaysian Malaysia’ itu dipraktikkan melalui dua cara sama ada menukar sistem raja berperlembagaan kepada sistem republik atau mengekalkan sistem yang sedia ada tetapi menghapuskan semua hak yang berkaitan dengan keistimewaan Melayu :

1. Sistem Republik

Kami ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah Republik, macam Singapura. Sebab itulah kami cukup rapat dengan kerajaan Singapura ni. Cukup rapat. Kita ingin menjadikan Malaysia sebuah Negara Republik.

Sistem Raja Berperlembagaan..ni mungkin ramai orang dok bercerita benda ni. Kita akan hapuskan. Lim Kit Siang biasa kata dalam mesyuarat, Raja-raja yang ada di Malaysia ini adalah dari keturunan lanun, perompak dan penjudi. Is it you want role by pirate our country?, dia tanya.

Tuan-tuan masih ingat tak apa yang berlaku pada 11 April (2012) yang lalu, semasa pertabalan Yang Maha Mulia Duli Yang Dipertuan Agong. Tengok, bagaimanakah mereka menghina dan mencaci Raja.

Kerana apa? Mereka yakin kalau dapat tawan Putrajaya, itulah pertabalan terakhir Agong di bumi Malaysia ni. Lepas ini tak ada dah. Kita akan lantik Presiden. Kita akan turunkan sembilan Raja. Kita akan lantik satu Presiden.

Presiden pertama, memang kita akan bagi kat orang Melayu. Yang pertama sahaja. Lepas yang kedua, seterusnya akan diberi kepada orang Cina dan India. Macam Singapura lah, yang pertama dia bagi kat orang Melayu, lepas itu mana ada dah.

Tengok sejarah Singapura. Yang pertama saja bagi kat orang Melayu, semua Cina-India..Cina-India saja. Itulah perancangan DAP.

Lagu Negaraku dengan bendera Malaysia telah pun diubah suai. Saya dengar sekali lagu negaraku baru di Hotel Paramount Sibu, di ambang pilihan raya negeri Sarawak pada tahun lalu.

Saya dengar, saya lihat bendera Malaysia yang baru sekali. Itulah kali pertama dan kali terakhir saya melihat dan mendengar. Depa buat di Hotel Paramount, secara tertutup.

Lagu Malaysia baru ni, perkataan Raja tak ada. Beberapa perkataan lain diubah suai. Melodi dan iramanya semuanya sudah lain dah.

Penulis lirik lagu Negaraku adalah orang Selangor berbangsa Cina. Orang Selangor juga dia.

Dan bendera Malaysia untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, di tengah-tengah tu, bintang tak ada bulan tak ada, benda lain yang ada. Warna pun telah ditukar. Tuan-tuan masih ingat tahun lalu, DAP kata bendera Malaysia patut dibuahsuai.

2. Mengekalkan Sistem Sedia Ada Tetapi Hapuskan Hak Keistimewaan Melayu

Yang Dipertua Negeri di kalangan orang Cina saja kita mahu. Kenapa Yang Dipertua Negeri untuk orang Melayu saja? Kami pun rakyat Malaysia juga, kenapa kami tidak diberi hak? Dia tanya, pasal apa kami tidak diberi hak?

Kita pastikan, kalau kita dapat tawan tempat ni, Putrajaya ni, kita akan pastikan Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak selepas ini, Tuan Yang Terutama (TYT) adalah daripada kalangan orang Cina.

Azan kita tidak akan benarkan. You nak azan dalam masjid atau surau, bukan di luar. Ini menganggu hak asasi agama dan bangsa lain.

Sekarang di Pulau Pinang, arahan kerajaan supaya azan diperlahankan. Matlamat DAP adalah supaya azan diharamkan. You azan dalam cukup, jangan azan di luar.

Ada satu perempuan Cina hantar surat kat Guan Eng. Dia kata, pagi dia tak boleh nak tidur, azan Subuh menganggu dia. Disebabkan surat itulah, Lim Guan Eng buat satu keputusan, mengarahkan Mufti supaya memberi arahan supaya azan diperlahankan.

Ini cerita yang berlaku di Pulau Pinang. Ramai orang tak tahu kenapakah azan diperlahankan. Benda ni berlaku di Taman Sri Damai, Batu Lanchang. Saya habaq tempat sekali.

Pertandingan tilawah membaca al-Quran sekarang, yang baru habis peringkat kebangsaan, akan ke peringkat antarabangsa, kita akan haramkan. Ini tidak adil untuk agama lain. Kenapakah agama lain tidak diberi keistimewaan begini.

Dia kata apa, Arab Saudi pun tak buat benda ni, pasal apa Malaysia yang pandai-pandai nak buat. Not fair to other religion so we won’t to listed.

Badan-badan NGO yang berteraskan perjuangan orang Melayu, dia paling benci PEKIDA dengan PERKASA. kita akan haramkan kedua-dua pertubuhan ini. kita akan labelkan kedua-dua pertubuhan ini sebagai pertubuhan pengganas. Macam al-Maunah ke apa, kita akan labelkan mereka sebagai pengganas.

Sebab itulah, kita akan menggunakan undang-undang yang ada kat Malaysia ini supaya mengharamkan PEKIDA dengan PERKASA selepas ini.

Perkahwinan campuran akan digalakkan di bumi Malaysia ini. cina boleh kahwin dengan Melayu, tak tukar agama tak apa. Semua agama sama, kita akan buat.

Macam apa yang sedang berlaku di Indonesia dan Singapura, boleh kahwin, bebas. Dan setiap pasangan yang sanggup berkahwin campuran akan diberi wang saguhati RM5,000 kita akan bagi. Wang galakan.

Dan ada lagi satu Tuan-tuan dan Puan-puan, kalau kita dapat anak, walaupun mak dia Islam, bapa dia Islam, anak tak semestinya Islam. Agama anak itu hanya akan ditentukan selepas berumur 18 tahun.

Ibu bapa tidak ada hak untuk menentukan agama anak dia kerana dia melanggar hak asasi anak tersebut. Bila beranak, pi JPN, surat beranak agama tiada, tunggulah sampai umur dia 18 tahun, anak tulah yang akan tentukan agama apa yang dia nak.

Ibu bapa tidak mempunyai hak. Kita bagi kebebasan untuk anak dia pilih agama apa yang dia nak.

Bahasa Inggeris, kita akan jadikan bahasa kebangsaan. Bahasa Malaysia Cuma sebagai bahasa perantaraan sahaja. Bahasa Inggeris bahasa utama, bahasa kedua kita akan galakkan adalah bahasa Mandarin. Bagi DAP, bahasa Malaysia is a not value language.

Bahasa yang tidak mempunyai nilai kerana bagi kami bahasa Malaysia merupakan bahasa pinjaman daripada beberapa bahasa lain. Sebab itu kami tidak mahu mengiktiraf bahasa Malaysia.

Kita akan mengiktiraf dua bahasa saja, bahasa Inggeris dengan bahasa Mandarin.

Mata pelajaran Pendidikan Islam akan dimansuhkan daripada sistem pendidikan Malaysia. You nak belajar agama, you belajar di surau, masjid atau madrasah. Bukan di sekolah. Di sekolah kita akan ajar akademik sahaja. Kita pisah kedua-duanya.

Tak tahulah orang Melayu ni buat mogok ke, demonstrasi ke, huru-hara, nak juga mata pelajaran Pendidikan Islam diajar di sekolah, dia kata boleh. Dia kata boleh pula tapi dengan satu syarat.

Syaratnya, mata pelajaran agama Kristian, Hindu dan Budha hendaklah dibenar diajar di sekolah. Kalau setuju, barulah mata pelajaran agama Islam boleh diajar di sekolah selepas ini.

Inilah agensi pertama kita akan bubarkan selepas dua minggu kami tawan Putrajaya. MARA..bagi kami MARA merupakan satu agensi perkauman sebab dia tolong orang Melayu saja tak tolong bangsa lain.

Sebab itu kita anggap ini sebagai rasis agensi. Lepas dua minggu, inilah yang akan ditutup. Kita akan tubuhkan agensi lain bukan MARA. Nama MARA akan dihapuskan.

Syarikat-syarikat Government Linked Companies (GLC) seleps ini akan diterajui oleh orang-orang Cina atau orang-orang India. Malay is not capable to handle GLC.

Selangor pun dah berlaku dah di PKNS. Di Pulau Pinang pun dah berlaku dah di PDC. Dah ada dah. Dia tahu Malays is not capable.

Tuan-tuan tahu tak dalam satu mesyuarat, Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng kata apa, “Bangsa yang paling bodoh dan yang paling malas dalam dunia ini adalah bangsa Melayu.

The most racist are Malays.” Dia kata, nilai seorang Melayu ni, “Nilai seorang Melayu ni RM100 sahaja. No more than that value.”

Dia kata, orang Melayu Singapura pun kita boleh tipu, apa lagi orang Melayu Malaysia, nothing for us. Kita boleh beli dengan RM100. Boleh letak harga pula.

Lim Kit Siang kata apa, harga orang Melayu hanya RM100, tidak lebih daripada itu. Bayangkanlah nilaian yang diletak oleh pemimpin-pemimpin DAP terhadap orang-orang Melayu di Malaysia ni.

Rejimen Askar Melayu merupakan rejimen yang paling dibenci oleh DAP. Dia kata apa, banyak orang Cina telah dibunuh pada tahun 1969 di Pulau Pinang, di Ipoh dan juga di Kuala Lumpur oleh rejimen inilah. Dia akan tukar.

Dia benci tiga benda saja. DAP paling benci tiga benda; Islam, Melayu dan Raja. Tiga ni yang paling dibenci oleh DAP. Dia akan tukar Rejimen Askar Malaysia selepas ini. perkataan Melayu tu dia akan buang.

Begitulah juga dengan Panglima Angkatan Tentera dengan KPN. Dua-dua jawatan tertinggi khas untuk orang Cina saja. Dia tak akan bagi dekat orang Melayu. Eksklusif untuk orang Cina.

Sebab dia tak percaya kalau bagi kat bangsa lain, dia takut bangsa lain mungkin boleh sabatoj atau tikam dia. Ni dua ni, khas untuk orang Cina saja akan dibagi.

Kakitangan kerajaan, tahun lalu Tony Pua dah kata dah, kita akan kurangkan kakitangan kerajaan. Pada bulan Januari (2011) tahun lalu, DAP telah menghantar 12 pakar dia pergi ke Beijing, China.

Mereka berada di sana hampir tiga bulan untuk membuat kajian dan juga latihan bagaimana nak mengurangkan kakitangan kerajaan.

Sebab itu Tony Pua berani kata, kalau kita dapat tawan Putrajaya, kita akan kurangkan kakitangan kerajaan terutamanya kakitangan orang-orang Melayulah.

Kementerian pertama, jabatan pertama yang akan klita kurangkan adalah jabatan pendidikan, cikgu-cikgu dulu. Selepas itulah kita akan pergi ke jabatan-jabatan atau agensi-agensi lain. Jabatan pendidikan akan menjadi mangsa pertama untuk projek.

KEMAS, BTN dan MKN juga kita akan tutup. Bagi kami, tiga agensi ini merupakan yang menghasut rakyat supaya membenci Pakatan Rakyat.

Sebab itu kita kenal pasti, kita akan tutup juga ketiga-tiga ni. Kita akan buka satu agensi baru. Kita akan buka yang baru, ketiga-tiga ni kita akan tutup terus.

Dua hari perayaan orang Kristian, Good Friday dengan Easter Day akan diumumkan cuti umum. Cuti ni cuti wajib walaupun Kelantan ke, Terengganu ke, Kedah ke, kena ambil bukan pilihan, compulsory holiday. Dua hari cuti umum perayaan orang Kristian untuk rakyat Malaysia selepas ini.

Majlis Agama Islam akan dibubarkan dan akan digantikan dengan Majlis Antara Agama. Semua agama duduk dalam satu jabatan macam Inter-Faith Council (IFC). Kita akan gabung dan duduk dalam satu jabatan.

Begitu juga wang zakat, boleh digunakan oleh orang bukan Islam. Bagi DAP, wang zakat merupakan wang cukai, kenapa orang bukan Islam tak boleh guna? Semasa saya memberi taklimat ini di hadapan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Harussani.

Masa saya cakap benda ni, dia stop saya, dia stop saya. Dia kata, bukan mereka akan minta, mereka dah minta dah.

Semasa Pakatan Rakyat memerintah Perak 11 bulan, dia kata, dua orang ADUN DAP telah datang berjumpa dengan beliau dan minta agar separuh dari wang zakat Perak diberikan kepada orang Cina.

Kalau Tuan-tuan sempat berjumpa dengan Tan Sri Harussani, tanyalah dekat beliau. Beliau akan menceritakan segala-galanya. Saya kata mereka akan minta, tapi beliau kata mereka dah minta pun.

Mahkamah Syariah. Mahkamah yang berteraskan agama tidak akan dipraktikkan lagi di bumi Malaysia. Kita akan guna satu Mahkamah Sivil saja, yang lain semua kita akan tolak. Kita tidak akan iktiraf. Dasar Ekonomi Baru (DEB). Lepas Lim Guan Eng ambil sumpah, inilah kenyataan pertama dia, “Akan hapuskan Dasar Ekonomi Baru.”

Tuan-tuan tahu tak, kalau DAP dapat perintah banyak warganegara Taiwan, Hong Kong, Singapura akan memohon jadi rakyat Malaysia selepas ini.

Begitu jugalah kalau DAP dapat perintah, mereka akan buat persempadanan semula. Persempadanan semula ini akan berlaku di kawasan bandar sahaja bukan di kawasan luar bandar.

Katalah contoh Putrajaya ni bandar. Sekarang cuma ada satu Parlimen, dia akan potong kepada dua Parlimen. Dia akan memperbanyakkan lagi Parlimen-parlimen orang bukan Islam supaya dia sama dengan orang Islam.

Inilah dua orang Menteri Agama Malaysia yang baru yang Cina tu Menteri Agama, yang India tu Timbalan Menteri Agama.

Sekarang siapa, Datuk Khir Jamil Baharom kan, lepas ini tak ada dah. Saya tunjuk gambar lah senang, siapa Menteri Agama dan siapa Timbalannya.

Selanjutnya, sila baca “Pendedahan Mohamad Razali, Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s