Pemimpin Muslim Pakatan Harapan Diperalat DAP

KUALA LUMPUR – PAS mengingatkan seluruh umat Islam bahawa DAP sedang memperalatkan segelintir pemimpin politik beragama Islam di negara ini untuk mencapai impiannya sejak sekian lama untuk memerintah Malaysia

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata, pemimpin politik beragama Islam terbabit sanggup diperkudakan oleh DAP gara-gara mendapat tawaran keduniaan oleh parti cauvanis itu.

“DAP kelihatan semakin bertindak semberono dan melampaui kewajaran. Semua angkara kelakuan politik sendiri yang gopoh, ego dan rakus umpama senjata makan tuan.

“Durjana paling besar DAP kerana menyinggung hal ehwal berkaitan Islam dengan semarak keangkuhan dan memperalatkan segelintir pemimpin Islam yang diperkudakan tawaran keduniaan. Juga sikap memaksa pihak lain tunduk kepada kehendak mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

DAP ketika ini mengetuai Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN)

Parti itu menandatangani perjanjian kerjasama politik dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengetuai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) baru-baru ini.

Malah, Mahathir kelmarin mengumumkan PPBM yang dipimpin bersama anaknya, Datuk Seri Mukhriz dan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai Pakatan Harapan.

Mahathir keluar daripada UMNO dua tahun lalu dan menubuhkan PPBM gara-gara berdendam dengan kerajaan Persekutuan yang enggan memenuhi kepentingan perniagaan dan politiknya.

Ahmad Amzad dalam pada itu mengingatkan semua pihak bahawa DAP sememangnya mengidam jawatan nombor dua negara (Timbalan Perdana Menteri).

Justeru, katanya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengalami sakit jiwa dan fikiran apabila PAS menolak pelawaan kerjasama oleh DAP yang bertujuan turut memperkudakan PAS.

Kata beliau, penolakan itu menyebabkan Kit Siang mahu menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau turut mengingatkan semua pihak bahawa PAN yang kononnya parti Islam dalam Pakatan Harapan sebenarnya khadam kepada DAP.

“Kit Siang resah momokan kreptokrasinya tidak dimamah rakyat Malaysia. Lebih sengsara melihat kejayaan besar penganjuran Himpunan Menyokong RUU Pindaan Akta 355 (H355) di Padang Merbok,” katanya. –MYNEWSHUB.CC

Advertisements

2 thoughts on “Pemimpin Muslim Pakatan Harapan Diperalat DAP

  1. PAS oh PAS! Aku sedih dengan kamu. Kamu org politik, kamu lama dan tahu permainan DAP. Sedangkan kami ini org-org biasa pun tahu dan jelas halatuju DAP, bagaimana kamu sebelum ini menjadi buta dan pekak? Bagaimana kamu ini, selama bertahun-tahun bergandingan bersama dgn DAP, sedangkan kamu tahu dan kamu dengar suara-suara yg mengatakan DAP itu pengkhianat dan tidak boleh dipercayai, namun kamu memilih utk jadi bebal, tuli dan bodoh?! Bagaimana kamu ini, sekarang baru tersedar tentang betapa buruknya sikap DAP, sedangkan kami yg sudah tentu bukan ahli politik boleh menghidu ‘movement’ DAP tanpa terlibat secara langsung dengan politik. Sebenarnya kamu ini telah dijangkiti penyakit jiwa, tamak kan kekuasaan, hidup di dalam lelucon ciptaan si kafir, kamu perjuangkan Islam sebagai dongeng semata, hakikatnya, kamu bertindak seperti manusia yg bertuhan. Kamu melebihkan si laknat, padahal ada golongan yg tunduk kepada Tuhan yg sama dengan kamu, beribadat sama dengan kamu dan sebangsa dengan kamu, namun apa yg kamu telah hinakan terhadap mereka? Sekarang kamu seakan sedar dari mimpi kamu. Namun, bolehkah dipercayai?!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s