Wartawan Akhbar Cina Fail Saman Kepada Guan Eng

WARTAWAN Guan Ming Daily, Ong Beng Siang (dua dari kiri) bersama peguamnya, Baljit Singh (dua dari kanan) memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana melemparkan fitnah berhubung artikelnya dalam laman sesawang ‘Facebook’ pada Januari lepas di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini. – UTUSAN ONLINE

AIDCNews – 17/03/17 –Seorang wartawan akhbar Cina, Ong Beng Siang, 40, hari ini memfailkan saman terhadap Lim Guan Eng di di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas dakwaan menfitnahnya menerusi laman sosial Facebook.

Beng Siang yang merupakan wartawan kanan Guang Ming Daily mendakwa Guan Eng secara terbuka telah memfitnah dirinya menerusi laman sosial Facebook milik Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada 22 Januari lalu.

Guan Eng pada 22 Januari lalu dilaporkan menulis di Facebook dengan menuduh Beng Siang sebagai seorang wartawan yang ‘tidak bermoral,’ ‘tidak beretika,’ dan ‘tidak berprinsip,’ yang mahu menggulingkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Laporan Beng Siang yang menimbulkan kemarahan Guan Eng berkaitan keputusan lembaga pengarah Chung Hwa 3 menolak cadangan membina cawangan pada tapak tanah yang disediakan kerajaan negeri kerana dasar-dasar kerajaan negeri yang ketat.

Ketika ditemui pemberita, Beng Siang berkata, beliau bertindak memfailkan saman fitnah itu kerana mahu membersihkan namanya dan mempertahankan reputasinya sebagai pemberita serta rakan-rakan wartawan lain.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s