Kekal Hidang Arak- Undian Majlis Peguam

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam Malaysia hari ini mengundi untuk mengekalkan hidangan arak pada majlis mereka, sekali gus menolak usul dicadangkan Mohd Amir Sharil Bahari Md Noor.

Ketika diundi, seramai 588 orang membangkang, sembilan menyokong dan 16 lagi berkecuali.

Melalui usul itu, pencadangnya berkata, menghidangkan alkohol pada majlis badan itu akan meningkatkan perbelanjaan tidak perlu sehingga 40 peratus.

Ia juga menyatakan, anggota Majlis Peguam terdiri daripada pelbagai latar belakang, kaum serta agama yang berbeza.

Kebanyakan agama, kata pencadang usul berkenaan, melarang pengambilan alkohol.

Sebelum ini dalam usahanya bertanding untuk jawatan dalam Majlis Peguam, Mohd Amir Bahari dilaporkan berjanji membawa perubahan pada badan berkenaan dan menjadikan ia patuh syariah dengan menghentikan amalan menghidangkan minuman keras.

Sementara itu usul ke atas Siti Kasim – juga dicadangkan oleh Mohd Amir Bahari – ditarik balik semasa mesyuarat agung tahunan persatuan itu di Kuala Lumpur hari ini.

Usul itu dikemukakan selepas peguam terbabit memuat naik video rakan sekerjayanya memberi ucapan semasa sesi tertutup mesyuarat agung tahunan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur di Facebooknya.

Usul itu meminta Majlis Peguam mengutuk Siti memuat naik klip video berkenaan dan anggota pertubuhan itu mengemukakan aduan kepada lembaga disiplin, selain menghalang personaliti terbabit “terus memburukkan profesyen guaman” – AP

Advertisements

2 thoughts on “Kekal Hidang Arak- Undian Majlis Peguam

  1. Diharap semua peguam beragama islam memulaukan Bar council dengan serta merta. Buka satu lagi majlis khas dengan kuasa yang sama utk peguam islam sahaja. Boleh beri nama Majlis Bar Peguam Islam Malaysia. Yang kafir punya boleh pakai nama lama, tapi minta tambah sikit (A) kat belakang. Malaysian Bar Council (Alcohol).

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s