PAS Selangor Tempelak Gesaan Kit Siang Supaya Lupakan Hadi

AIDCNews – 17/03/17 – PAS Selangor menempelak gesaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya melupakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai satu sikap keji yang suka menjaga tepi kain orang lain.

Setiausaha PAS Negeri Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, daripada cuba memujuk ahli-ahli PAS menyokong DAP adalah lebih baik Kit Siang menjaga partinya yang kini sedang berpecah.

Menurutnya, usaha Penasihat DAP itu tidak akan berjaya memandangkan kesetiaan ahli-ahli parti kukuh dan menyifatkan langkah itu hanya sia-sia.

“Lebih baik beliau (Kit Siang) memberi tumpuan kepada ahli DAP yang keluar meninggalkan DAP dari membuang masa memujuk ahli PAS,”katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Paya Jaras itu juga membidas DAP yang dianggapnya sudah terdesak memandangkan mereka sedar orang Melayu kini menolak mana-mana gabungan pembangkang yang didominasi DAP malahan masyarakat Cina juga ada yang masih kekal menyokong PAS.

“Masyarakat Malaysia khususnya Melayu akan menolak mana-mana pakatan yang di dominasi oleh DAP seperti Pakatan Harapan. Ini realiti sebenar,” tegas beliau.

DAP kini berdepan krisis dalaman parti susulan tindakan keluar parti beberapa pemimpinnya di Melaka dan disusuli pula dengan ahli-ahli parti selang beberapa minggu selepas ini.

Kerjasama DAP dengan bekas musuhnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyaksikan penolakan akar umbi terhadap keputusan pucuk pimpinan parti untuk meneruskan kerjasama politik.

Dua hari lepas, FMT melaporkan, Kit Siang berkeyakinan pakatan pembangkang masih mampu menawan Putrajaya pada PRU 14, melalui sokongan akar umbi PAS tanpa Presiden PAS.

“Saya fikir ahli biasa PAS, jika mereka faham isu negara, mereka tidak akan mahu melihat Malaysia hancur.

“Kita mesti capai ahli biasa PAS, tak perlu pedulikan Hadi,” katanya pada sesi teh tarik anjuran DAP.

Kenyataan Kit Siang di atas mengesahkan bahawa keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada 23 Mac 2015 yang memutuskan hubungan dengan Hadi adalah pandangan autokratik penasihat DAP itu.

Dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh anaknya, Lim Guan Eng, DAP mendakwa CEC telah membuat keputusan ‘sebulat suara’ untuk memutuskan hubungan dengan Hadi tetapi bukan dengan akar umbi PAS.

“DAP tidak boleh berkerjasama dengan Presiden PAS seperti Hadi Awang yang tetap bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah.

“DAP hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi sebagai pemimpin Pakatan Rakyat dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan beliau.

“Oleh kerana Hadi adalah pemimpin PAS dalam PR, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadi secara efektif akan meletakkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam keadaan terawang-awang,” kenyataan Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP dipetik.

Advertisements

4 thoughts on “PAS Selangor Tempelak Gesaan Kit Siang Supaya Lupakan Hadi

  1. Kegagalan Pas menanamkan wala’ kpd Presiden adalah punca kpd permasalahan sebegini. Ahli Pas wajar diingatkan bahawa perjuangan mereka adalah untuk menegakkan Islam dan hukumnya di bumi Malaysia bukannya melawan Umno.

    Like

  2. Kita pun pelik mengapa sesetengah pemimpin PAS sehingga sekarang masih menganggap Umno sebagai musuh no 1,walhal mejoriti umat Melayu Islam tidak merasakan demikian,sebab itu lah Umno masih menjadi pilihan mereka.Umum pun tahu Umno memang banyak berjasa kepada Islam dari sudut mana sekali pun berbabding parti lain seperti PKR dan DAP yg pernah menjadi rakan kesayang pemimpin PAS berkenaan.Sesekali terdetik juga di hati kita ,apa jenis Islam yg di amalkan pemimpin PAS,yg masih sangat memusuhi Umno itu?.

    Like

  3. jangan terpedaya dengan pembohongan dan cakap putar belit puak2 kafir dan munafik DAP PKR… seteruk2 Umno, masih tetap berjuang utk melayu Islam… dalam masa sama tidak meminggirkan hak kaum lain… melayu2 bebal penyokong kafir2 munafik DAP PKR hanya diam membisu bila melayu Islam dihina… Jika Pas tidak ingin bekerjasama dgn Umno pun takpe asalkan jangan lagi bersubahat dan menjadi kuda tunggangan puak2 kafir munafik DAP PKR…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s