PAS Permatang Pauh Usul Batalkan Tahaluf Siasi Dengan PKR

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Permatang Pauh kali ke-40 pada hari ini 19 Mac 2017 bertempat di Dewan Haji Yusof Rawa (DHYAR) sebulat suara mengusulkan supaya PAS membatalkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR, berasaskan tiga hujah berikut:-

1. PKR khasnya di P.Pinang tidak menghormati PAS sebagai rakan tahaluf apabila terus bekerjasama dengan DAP dan PAN untuk menyerang PAS dan pimpinan PAS;

2. PKR didapati sewenang-wenangnya menggunakan sebilangan ahli PAS untuk kepentingan politik PKR tanpa perbincangan terlebih dahulu dengan PAS. Lebih memudaratkan, terdapat aduan daripada ahli PAS bahawa PKR meminta ahli PAS berkenaan keluar daripada PAS dan sertai PKR bagi tujuan memegang jawatan tertentu di dalam kerajaan. Sifat tidak bertanggungjawab oleh PKR ini menunjukkan PKR sangat tidak menghormati prinsip setiakawan dan boleh menjejaskan PAS;

3. PKR gagal membela dan mempertahankan Islam di P.Pinang apabila secara terang-terangan menurut kehendak DAP dengan mencampuri urusan pemfatwaan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri P.Pinang. Terdapat beberapa fatwa yang dilengahkan/ditangguhkan oleh PKR dan DAP melalui Exco Agama Kerajaan Negeri P.Pinang. Tindakan tidak bertanggungjawab Exco Agama ini menunjukkan kepentingan politik PKR lebih diutamakan mendahului kepentingan Islam. PAS tidak boleh bersetuju dengan keadaan ini.

Berdasarkan tiga hujah di atas, jelas menunjukkan bahawa tindakan PKR ini memberi tiga implikasi; pertama, merugikan Islam; kedua, bertentangan dengan prinsip tahaluf siyasi; dan ketiga, menjejaskan kedudukan PAS untk berhadapan dengan pengundi Islam-Melayu di dalam PRU14 kelak.

Sekian, terima kasih.

HAJI OMAR HASSAN
Yang Dipertua PAS Kawasan Permatang Pauh

19 Mac 2017

Advertisements

One thought on “PAS Permatang Pauh Usul Batalkan Tahaluf Siasi Dengan PKR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s