PAS Sedia Letak Calon Di Semua Kerusi PKR Pahang

AIDCNews – 20/03/17 – Kedudukan Pengerusi PKR Pahang, Dato’ Fauzi Abdul Rahman bakal tergugat apabila PAS mempertimbangkan untuk meletak calon di Parlimen Indera Mahkota.

Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal berkata PAS negeri berminat untuk meletakkan calon di Parlimen yang disandang oleh Fauzi itu, namun ia bergantung kepada perkembangan terakhir hubungan PAS-PKR yang bakal diputuskan dalam Muktamar parti Islam itu April ini.

“Kita bersedia menawarkan khidmat di semua kerusi dalam Parlimen Indera Mahkota, namun tertakluk kepada perkembangan politik menjelang PRU 14, iaitu keputusan kerjasama antara PAS dan PKR,”katanya sepertimana dilapor Harakah keluaran terbaharu.

Pada PRU 13, Fauzi yang disokong Pakatan Rakyat (PR) telah memenangi Parlimen Indera Mahkota menewaskan calon BN dengan majoriti 7,523.

PR ketika itu dianggotai tiga parti, PKR, DAP dan PAS, namun PR telah dikuburkan pada pertengahan 2015 dan diganti dengan Pakatan Harapan (PH) tanpa penyertaan PAS.

Parlimen Indera Mahkota mempunyai dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Beserah yang dimenangi PAS dan DUN Semambu dimenangi PKR.


Advertisements

One thought on “PAS Sedia Letak Calon Di Semua Kerusi PKR Pahang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s