PPBM Kini Sah Anggota Keempat Pakatan Harapan

AIDCNews – 20/03/17 – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad kini telah disahkan menjadi anggota keempat Pakatan Harapan (PH) yang diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, pada Isnin.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan, yang bermesyuarat pada hari ini telah memutuskan, dengan sebulat suara untuk menerima hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai anggota Pakatan Harapan.

“Sekretariat Pakatan Harapan akan mengutus surat kepada PPBM untuk memaklumkan perkara tersebut,”menurut kenyataan majlis itu yang ditandatangani oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.

PH yang sebelum ini dianggotai tiga parti, DAP, PKR dan Amanah juga akur dengan gesaan Pengerusi PPBM, Dr Mahathir yang mahukan mengunakan satu logo dengan berdaftar dengan pandaftar pertubuhan (RoS).

Walau bagaimana pun, tidak bersetuju nama PH ditukar kepada nama baharu.

“Mesyuarat Majlis Presiden juga bersetuju untuk mendaftarkan Pakatan Harapan.

“Mesyuarat bersetuju berbincang dengan keempat-empat parti untuk merangka manifesto bersama dan mewujudkan logo baharu,”tambah kenyataan itu lagi.

Advertisements

5 thoughts on “PPBM Kini Sah Anggota Keempat Pakatan Harapan

  1. Pas perlu fahamkan ahlinya bahawa TGNA tidak akan sekali2 redha Pas menyertai Pakatan yg Mahathir ada di dalamnya kerana baginya Mahathir zalim dan melawan hukum Islam.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s