Usul Putus Hubungan PKR Hanya Krisis Dalaman PAS – Biro Politik PKR

AIDCNews – 20/03/17 – Ahli Jawatankuasa Biro Politik PKR, Datuk Kamaruddin Jaafar menyifatkan usul PAS yang mahu memutuskan hubungan dengan PKR bukan perkara serius dan ia sekadar krisis dalaman parti Islam itu menjelang pemilihan parti.

“Apa yang kita baca tentang keputusan Pemuda PAS Tumpat dan Permatang Pauh mungkin tidak memeranjatkan. Kita harus faham tahun ini tahun pemilihan di semua peringkat PAS.

“Keputusan dan usul seperti ini termasuk berkaitan PKR harus dilihat dalam konteks politik dalaman yang rancak berlaku dalam parti.

“Saya yakin selepas proses pemilihan selesai dengan muktamar pada hujung April, maka pimpinan tertinggi PAS akan buat keputusan dan kita semua menunggu keputusan tersebut,”katanya dalam satu kenyataan di bangunan Parlimen hari ini.

Justeru, Kamaruddin yang juga bekas Setiausaha Agung PAS optimis parti Islam itu tidak akan membuat sesuatu keputusan yang merugikan pembangkang, termasuk memutuskan hubungan dengan PKR.

“Secara peribadi saya harap keputusan yang PAS akan buat nanti akan menguntungkan pembangkang di atas hasrat bersama, yang saya yakin masih ramai dalam PAS berpegang dengan itu… yang ingin lihat perubahan kerajaan di peringkat negara yang kita akan lakukan dalam PRU,” katanya lagi.

Dua hari lepas, mesyuarat Dewan Pemuda Pas kawasan Tumpat telah sebulat suara meluluskan usul tergempar membatalkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR.

Perwakilan Cabang Empat Kedai, Ahmad Fadli Abu Bakar berkata, langkah itu perlu dilakukan memandangkan PKR yang mengaku mempunyai hubungan tahaluf siyasi dengan PAS namun dalam masa mengekalkan kerjasama dengan musuh parti itu iaitu DAP dan PAN.

Menurutnya, PKR juga menunjukkan sifat biadabnya apabila menerima keahlian Ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaffar yang menang atas tiket P pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pada 12 September 2015, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menasihatkan Kamaruddin supaya memeriksa status perkahwinannya dengan Mahkamah Syariah Kelantan kerana telah melanggar lafaz bai’ah termasuk menceraikan isterinya apabila keluar PAS dan menyertai PKR.

Kedudukan Kamaruddin hampir sama dengan rakannya, Dr Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai yang meninggal PAS untuk menyertai Parti Amanah Negara.

“Lafaz bai’ah dan perlembagaan parti menetapkan bahawa mana-mana pemimpin yang menyertai parti lain secara automatik gugur keahliannya dan pada masa sama, lafaz cerai seperti dinyatakan dalam sumpah itu terpakai,” kata Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS

Advertisements

2 thoughts on “Usul Putus Hubungan PKR Hanya Krisis Dalaman PAS – Biro Politik PKR

  1. Pas perlu fahamkan ahlinya bahawa TGNA tidak akan sekali2 redha Pas menyertai Pakatan yg Mahathir ada di dalamnya kerana baginya Mahathir zalim dan melawan hukum Islam. Jika ada yang masih menjual nama TGNA dan masih nak bersetongkol dgn Mahathir, elok hentikannya.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s