Ada Pemimpin PKR Pujuk Ahli PAS Keluar Parti – Afnan

AIDCNews – 21/03/17 – PAS Pulau Pinang mengetahui ada cubaan pimpinan PKR yang telah memujuk ahli-ahli PAS supaya keluar parti, namun usaha itu tidak berjaya, kata Ketua Pemuda PAS negeri Afnan Hamimi Taib Azamuddeen.

“Saya tahu isu itu (cubaan pujuk ahli keluar parti).

“Kita pernah tegur secara bersemuka dengan cara baik kepada pemimpin PKR negeri sebelum ini,”katanya kepada FMT

Walaupun identiti pemimpin PKR itu tidak didedahkan, Afnan berkata pemimpin berkenaan telah diberi amaran oleh pihak PAS.

“Kita nyatakan kepada mereka tindakan tersebut tidak betul,” katanya.

Beliau berkata buat masa ini, hubungan PAS dan PKR masih kekal sehingga diputuskan oleh Majlis Syura Ulama melalui muktamar parti, yang dijangka diadakan pada 29 April hingga 1 Mei.

Jelasnya, usul putus hubungan dengan PKR yang diluluskan di peringkat kawasan akan ditentukan perlu melepasi muktamar PAS Pusat terlebih dahulu, dan sekiranya lulus, akan diangkat ke majlis syura.

“Keputusan akhir terletak pada Majlis Syura Ulama PAS, kerana hubungan politik ini menggunakan hukum politik Islam dalam bab tahaluf siyasi.

“Oleh itu, bab hukum-hakam hanya majlis syura yang ada kuasa menentukan,”katanya lagi.

Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan isu kerjasama dengan PKR akan diputuskan pada muktamar mereka yang ke-63 ini, yang akan diadakan di Kota Sarang Semut, Kedah.

“Kalau muktamar putuskan kita putus hubungan tahaluf (dengan PKR) ini maka kita kena terima hakikat dan kita akan bergerak mengikut keputusan, tapi kalau muktamar putuskan untuk kekal maka kita seperti biasalah.

“Cuma (pembahagian) kerusi mungkin ada perbincangan baharu kerana perkembangan politik di seluruh negara dan kedudukan yang ada perlu dibuat perbincangan kalau tahaluf ini diteruskan, kalau tidak, kita bertanding semua kerusi yang kita bertanding kalau tahaluf putus sebab kita tak perlu berbahagi kerusi dah,” katanya.

Sebelum ini, PAS kawasan Permatang Pauh, Pulau Pinang dan Dewan Pemuda PAS Tumpat meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR selepas melihat parti itu tidak menghormati kerjasama yang terjalin sejak sekian lama.

Advertisements

One thought on “Ada Pemimpin PKR Pujuk Ahli PAS Keluar Parti – Afnan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s