Kekalahan Nik Abduh Tak Jejas Kerjasama PKR-PAS – Azmin Ali

AIDCNews – 21/03/17 – Kekalahan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di Pengkalan Chepa tidak menjejaskan pertimbangan PKR untuk bekerjasama dengan PAS, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sambil menolak andaian cuba mencampuri urusan dalaman PAS, Timbalan Presiden PKR itu telah membuat perbandingan dengan mengaitkan kekalahan Nik Abduh di Pengkalan Chepa dengan kerjasama PKR dan PAS khususnya di Selangor.

“Itu kita serah kepada parti berkenaan. Bila kita ambil pendirian untuk bekerjasama dengan PAS, bukan kerana individu-individu tertentu.

“Tetapi ini adalah kerana dasar PKR dan PAS. Ia tidak bergantung kepada mana-mana individu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian selepas selepas majlis pelancaran dan pendaftaran Rumah Selangorku di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa.

Turut hadir, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Pengarah Urusan Sime Darby Property, Datuk Jauhari Hamidi.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor pada Isnin berkata, pihaknya masih tetap berbincang dengan PAS walaupun parti Islam itu menerima dua usul bahagiannya di Pulau Pinang supaya memutuskan hubungan dengan PKR.

Menurut Azmin, keputusan sama ada PAS mahu menerima dua usul daripada Permatang Pauh dan Bayan Baru bergantung kepada pimpinan tertinggi parti Islam itu.

“Kita serahkan kepada kebijaksanaan PAS dan pemimpinnya untuk tentukan. Bagi pihak PKR kita mahu semua parti yang progresif, yang ingin lakukan perubahan bersama-sama. Pendirian PKR tidak berubah,” katanya.

Kekalahan Nik Abduh kepada Dr Izani Husin untuk jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa menjadi berita sensasi kepada pembangkang pro-Pakatan Harapan yang merumuskan tewasnya kumpulan ulama (Nik Abduh) terhadap kumpulan profesional (Dr Izani) dalam PAS.

Dalam pertandingan Sabtu lalu, Nik Abduh, Ahli Parlimen Pasir Mas hanya mendapat 37 undi apabila mencabar penyandangnya, Dr Izani, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa yang memperolehi 209 undi untuk jawatan tersebut.

Bagaimanapun, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Naib Presiden PAS pusat, menang tanpa bertanding bagi jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa untuk sesi 2017/2019.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Mohd Shafie Ngah meminta Selangor dikecualikan dalam konteks hubungan PAS dan PKR sepertimana yang bakal diputuskan pada Muktamar parti itu April ini.

“Kita serah kepada pusat, tetapi mengikut perkembangan yang baik di Selangor ini, pusat juga wajar mempertimbangkan keadaan hubungan yang baik di Selangor.

“Kalau tidak boleh buat satu pengurusan yang menyeluruh untuk Malaysia, minta satu pertimbangan yang wajar kepada Selangor saja pun sudah memadai,” katanya kepada Antarapos.

Mohd Shafie yang juga ADUN Bangi dan Timbalan Speaker DUN Selangor termasuk dalam kumpulan profesional yang menyokong kerjasama PAS-PKR sepertimana yang dirintis oleh Yang Dipertua PAS Selangor, Iskandar A Samad.

Pimpinan tertinggi PAS baru-baru ini berkata parti itu akan mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi dengan PKR pada sidang Muktamar parti April ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan itu diambil susulan PAS menerima tiga usul yang mendesak untuk parti berbuat demikian.

Sebelum ini, PAS kawasan Permatang Pauh, Bayan Baru dan Dewan Pemuda PAS Tumpat meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR selepas melihat parti itu tidak menghormati kerjasama yang terjalin sejak sekian lama.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, tindakan itu juga mengambil kira kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pakatan Harapan (PH).

Muktamar PAS Pusat selama tiga hari bermula 29 April depan yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Kedah.

Advertisements

One thought on “Kekalahan Nik Abduh Tak Jejas Kerjasama PKR-PAS – Azmin Ali

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s