Tun Mahathir Tidak Kisah DAP Mahu Kekalkan Pakatan Harapan

AIDCNews – 21/03/17 –Pengerusi PPBM tidak kisah cadangannya supaya nama Pakatan Harapan (PH) diubah telah ditolak oleh Mesyuarat Majlis Presiden PH kerana beranggapan penggunaan satu simbol lebih penting berbanding dengan nama gabungan.

“Kami akan bertanding (pada PRU14) sebagai PH, sebagai sebuah gabungan. Kami boleh ada satu logo atau nama baru, tetapi itu terpulang.

“Ini kerana kami akan meletakkan calon bagi pihak gabungan itu, bukannya parti individu. Sama seperti Barisan Nasional (BN) apabila mereka bertanding, mereka guna logo BN.

“Kami perlu pastikan rakyat kenal simbol itu sebagai milik gabungan pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam AIDCNews melaporkan Majlis Presiden Pakatan Harapan menerima kemasukan PPBM sebagai anggota keempat PH, namun menolak cadangan Dr Mahathir supaya PH diubah nama.

“Mesyuarat Majlis Presiden juga bersetuju untuk mendaftarkan Pakatan Harapan.

“Mesyuarat bersetuju berbincang dengan keempat-empat parti untuk merangka manifesto bersama dan mewujudkan logo baharu,”menurut kenyataan majlis itu yang ditandatangani oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden PAN Mohamad Sabu.

Walaupun dalam mesyuarat Majlis Presiden PH dipengerusikan Wan Azizah daripada PKR, namun realiti sebenar kedudukan sebenar bilangan kerusi di kalangan PH di Dewan Rakyat didominasi oleh DAP.

Kedudukan kerusi PH di Dewan Rakyat adalah DAP (37), PKR (29), PAN (6) dan PPBM (1).

Dr Mahathir dalam kenyataan pada 14 Mac lalu menegaskan secara prinsipnya PPBM bersetuju menyertai PH dengan beberapa cadangan penyesuaian termasuk mengubah nama PH.

“Kami belum putuskan namanya lagi. Tetapi kami setuju selain nama baharu, kami juga perlu ada logo baharu dan simbol untuk PRU akan datang.

“Kami akan maklumkan secara rasmi kepada PH mengenai keputusan kami tidak lama lagi,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi PPBM.

Advertisements

One thought on “Tun Mahathir Tidak Kisah DAP Mahu Kekalkan Pakatan Harapan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s