Anthony Loke Mengaku Pernah ‘Sokong Hudud’

AIDCNews – 22/03/17 –Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook mengakui pernah mengeluarkan kenyataan seolah-olah ‘menyokong hudud’ apabila menyeru masyarakat Cina tidak perlu takut terhadap undang-undang hudud jika tidak melakukan kesalahan.

Bagaimanapun berkata, kenyataan dalam bahasa Cina pada tahun 2013 itu dibuat kerana beliau yakin agenda Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS pada waktu itu yang tidak mengutamakan hukum hudud, berbanding dengan agenda lain.

“Pada ketika itu memang saya ada cakap begitu bahawa masyarakat Cina tidak perlu takut (hudud) kerana itu bukan agenda PR pada ketika itu dan sebab pada ketika itu MCA cuba menakutkan orang Cina melalui isu hudud itu.

“Saya hanya perjelaskan pada ketika itu bahawa ia bukan agenda kita dan tidak perlu ditakuti,” katanya kepada pemberita.

Loke menyifatkan penularan video yang dirakam sebelum PRU13 itu sebahagian agenda MCA untuk mengalihkan sokongan pengundi Cina.

“Ini cubaan daripada MCA untuk mengatakan bahawa kita menyokong hudud itu agendanya, tetapi kita sudah jelaskan.

“Tidak apalah, itu hanya mainan politik sahaja,” katanya lagi, ketika ditanya sama ada mahu mengambil tindakan susulan terhadap penularan video berkenaan.

Sebelum ini, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan mendakwa DAP cuba mengelirukan rakyat apabila membuat pusingan U dengan menentang pindaan Akta 355 (RUU 355) yang diperjuangkan bekas rakan sekutunya, PAS sebaliknya pernah ‘menyokong hudud’ ketika PAS bersama PR.

“Namun sekarang, apabila PAS sudah tidak bersama DAP didalam pakatan pembangkang, tiba – tiba sahaja DAP sudah melakukan U-Turn dan tidak bersetuju dengan perjuangan PAS. Malah DAP mengatakan bahawa perjuangan PAS bertentangan dengan perlembagaan Malaysia.

“Ini membuktikan DAP merupakan satu parti yang hipokrit yang sentiasa menukar pendirian mereka hanya untuk mendapatkan sokongan dan kuasa politik,”kata Huan.

Selanjutnya sila baca “Pindaan Akta RUU 355, Bantahan dan Penipuan DAP -Huan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s