Pakatan Harapan : Kit Siang Tolak Cadangan Tun Mahathir

AIDCNews – 22/03/17 –Cadangan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Pakatan Harapan (PH) diubah nama dan membentuk satu perikatan berasaskan satu simbol dan parti seperti meniru Barisan Nasional seolah-olah mencabar hegemoni DAP yang selama ini menjadi pengawal PH.

Sebelum kewujudan PPBM, DAP merupakan parti politik paling dominan yang menentukan hala tuju gabungan pembangkang, terutamanya dalam menguburkan Pakatan Rakyat (PR) dan menghidupkan semula gabungan baharu PH pada 22 September 2015 yang terdiri daripada gabungan DAP, PKR dan PAN tanpa penglibatan PAS.

Asalnya, PH merupakan gabungan parti tidak rasmi, tanpa ikatan satu parti dan satu logo, namun dengan kemasukan PPBM dalam PH, Dr Mahathir telah mengkritik gabungan seperti itu mempunyai banyak kelemahan dan gagal menewaskan BN.

Pada tahun lepas, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim mendedahkan gabungan parti tidak rasmi, tanpa ikatan satu parti dan satu logo sebenarnya menguntungkan DAP

Menurutnya, logo roket merupakan simbol kekuatan DAP terhadap komuniti pengundi Cina, jika menggunakan logo lain, parti itu berisiko kehilangan sebahagian undi daripada kaum tersebut

“Saya rasa DAP memang tidak bersetuju kerana DAP sudah mempunyai identitinya. Orang Cina yang menyokong parti itu, kalau diletak logo baru, saya rasa mereka tak boleh terima kerana sokongan mereka kepada DAP.

“Tapi bila bercampur, saya rasa barangkali sokongan itu hilang,” katanya .

Tambahnya, tujuan utama DAP menyertai mana-mana gabungan pembangkang bukan untuk mendapat kemenangan berpasukan tetapi hanya untuk mendapat undi tambahan daripada komuniti masyarakat Melayu-Islam kepada parti berasaskan kaum Cina itu.

Dua hari lepas, Mesyuarat Majlis Presiden PH membuat keputusan senada dengan kenyataan Tunku Aziz iaitu menolak cadangan Dr Mahathir supaya PH diubah nama tetapi bernada lembut seolah-olah bersetuju PH didaftarkan sebagai satu parti.

Selanjutnya, sila baca “Tun Mahathir Tidak Kisah DAP Mahu Kekalkan Pakatan Harapan” dan “PPBM Kini Sah Anggota Keempat Pakatan Harapan

Namun, ramai pemerhati berpendapat cadangan ‘bersetuju untuk mendaftar PH’ sebagai mengulangi episod sandiwara ‘mahu mendaftar PR’ yang hanya dilakukan beberapa tokoh Melayu tanpa campur tangan DAP dan akhirnya berkubur begitu sahaja.

Hasrat mendaftar PR bermula pada tahun 2009 apabila Datuk Zaid Ibrahim dari PKR dilantik sebagai penyelaras.

Selepas berusaha selama tiga tahun, Zaid masih gagal merealisasikan impian itu, sehingga beliau keluar parti menubuhkan parti baharu, KITA pada tahun 2011.

Isu pendaftaran PR tidak kedengaran lagi apabila Zaid keluar PKR.

Hari ini, apabila Dr Mahathir membuat cadangan yang sama seperti yang dicadangkan Zaid pada tahun 2009, penasihat DAP, Lim Kit Siang mula menunjukkan pendirian sebenar DAP berkaitan isu pendaftaran dan satu simbol.

Sebagai pemain politik yang licik, Kit Siang tidak terus menyerang Dr Mahathir berkenaan cadangan itu, sebaliknya berkias dengan menyerang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kit Siang berkata tiada gunanya mendaftar PH, sepertimana BN yang dipimpin Ahmad Zahid yang menggunakan kuasa hegemoni untuk mengambil alih Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Seperti biasa kelicikan Kit Siang berpolitik tidak bersetuju dengan cadangan Tun Mahathir dengan menyerang BN dan Akta 355.

“Nampaknya BN sudah tukar karakter apabila Zahid umumkan bahawa kerajaan akan ambil alih rang undang-undang yang dikemukakan oleh (Datuk Seri) Hadi (Awang), pemimpin dan menteri dari parti lain (komponen) kata mereka tidak tahu.

“Dan apa ertinya? Adakah BN sudah tukar karakter daripada satu polisi di mana semua parti perlu bersetuju pada dasar dan keputusan?

“Atau sudah menjadi polisi yang berasaskan hegemoni UMNO ?,” katanya dalam sidang media hari ini.

Advertisements

One thought on “Pakatan Harapan : Kit Siang Tolak Cadangan Tun Mahathir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s