Penyertaan PPBM Kukuhkan Pakatan Harapan -Azmin Ali

SUBANG JAYA – Penyertaan Bersatu dalam Pakatan Harapan dilihat sebagai perkembangan positif blok pembangkang bagi menghadapi PRU14.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia juga menjadi bukti bahawa Pakatan Harapan semakin kuat dan diyakini rakyat.

“Ia harus dilihat secara positif…Maka untuk hadapi PRU14, kita perlu menggembleng seluruh tenaga dan pemikiran yang ada dalam kalangan parti progresif yang mahukan perubahan.

“Jadi PKR sentiasa mengambil sikap terbuka, kita akan bekerjasama dengan mana-mana individu dan parti yang mahu melakukan perubahan demi negara serta rakyat Malaysia,” katanya.

Mohamed azmin yang juga Menteri Besar Selangor mengulas berhubung penyertaan Bersatu dalam Pakatan Harapan selepas dimuktamad pada Majlis Presiden Pakatan Harapan, kelmarin.

Terdahulu, Mohamed Azmin melancarkan projek Rumah Selangorku kedua di Selangor, Pangsapuri Harmoni di Putra Heights, di sini.

Dalam perkembangan sama, Mohamed Azmin berkata, surat pemakluman akan diutus Sekretariat Pakatan Harapan dalam masa terdekat memandangkan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan akan bersidang semula minggu depan dan akan disertai Bersatu.

Katanya, ini menunjukkan Pakatan Harapan bergerak dengan pantas untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Kelmarin, Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam satu kenyataan media mengesahkan sebulat suara menerima Bersatu ke dalam gabungan itu dan memaklumkan bersetuju berbincang dengan keempat-empat parti untuk merangka manifesto serta logo baharu yang akan didaftarkan secara rasmi – SH

Advertisements

One thought on “Penyertaan PPBM Kukuhkan Pakatan Harapan -Azmin Ali

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s