Azmin Kacang Lupakan Kulit, Tidak Boleh Dibuat Kawan – Dewan Muslimat PAS Selangor

Merujuk kenyataan terbuka sindiran DS Azmin Ali terhadap Yb Nik Abduh yang tewas dalam pemilihan parti di kawasan Pengkalan Chepa adalah satu tindakan yang mencabar kerjasama politik antara PAS dan PKR yang sudah mula retak dek tindakan pemimpin2 PKR sebelum ini.

DS Azmin sepatutnya sedar bahawa keberadaan beliau di kerusi MB Selangor adalah atas cadangan daripada PAS. Kalau nak harapkan daripada parti beliau sendiri, langsung nama beliau tiada dalam senarai.

Saya bangga dengan Yb Nik Abduh, walaupun beliau tewas dalam pemilihan tersebut tetapi beliau terus istiqamah di dalam PAS.

Sikap yang sebeginilah yang sepatutnya ada pada diri setiap pejuang PAS yang ikhlas untuk berjuang kerana Allah bukan kerana pangkat dan kedudukan.

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor memberi amaran keras terhadap DS Azmin Ali dan PKR bahawa muslimat Selangor akan akur sekiranya parti memutuskan hubungan dengan PKR dan tiada sebarang kerjasama lagi menghadapi PRU 14 akan datang.

Orang yang lupa daratan tidak boleh dijadikan kawan.

Sekali lagi DMPNS memberi peringatan kepada DS Azmin supaya jangan mencabar kesabaran kami dan jangan merasa terlalu selesa dengan kedudukan sekarang.

DMPNS menyifatkan DS Azmin umpama kacang lupakan kulit dan tidak tahu menilai erti persahabatan sejati.

Wan Hasrina bt Wan Hassan
Ketua
Dewan Muslimat PAS Selangor
23 Mac 2017

Advertisements

3 thoughts on “Azmin Kacang Lupakan Kulit, Tidak Boleh Dibuat Kawan – Dewan Muslimat PAS Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s