Biarkan PAS Bersendirian, Kata AMK

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mahu Pakatan Harapan serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengabaikan PAS dan membiarkan parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sendirian.

Setiausaha Pengelola AMK Malaysia, Ahmad Syukri Che Ab Razab berkata, perasaan PAS kononnya mereka kuat untuk bergerak secara solo perlu dihormati walaupun fakta sejarah menceritakan sebaliknya tentang kemampuan sebenar parti Islam itu.

Lagipun, kata beliau, kehadiran PAS dalam kerjasama pembangkang kelak akan menyusahkan jika Pakatan Harapan ditakdirkan berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan selepas PRU14.

“Semua maklum dengan keinganan PAS untuk menjadi ‘King Maker’. Tidakkah ini menjadikan kerajaan baru itu nanti terlalu rapuh atau dalam kata lain terlalu ‘Fragile’.

“Sekiranya selepas kemenangan, berlaku lagi perlingkahan sehingga berulang perpecahan seperti yang menimpa Pakatan Rakyat, tidakkah rakyat akan lebih kecewa,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan pengumuman PAS mahu menawan Selangor yang dikuasai PKR dalam PRU14 akan datang.

Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kelmarin malah melabelkan PAS cuma parti bertaraf Tok Lebai yang ada hati mahu merampas Selangor daripada PKR.

Ahmad Syukri berkata, keinginan PAS menawan Selangor, menutup rundingan kerjasama dengan PBBM dan PAS Permatang Pauh memutuskan kerjasama dengan PKR sudah jelas menunjukkan PAS tidak menerima pelawaan kerjasama oleh Pakatan Harapan dan PPBM.

“Tuntasnya, keinginan PAS untuk bersendiri perlu dihormati. Jika PAS merasakan mereka mampu menguasai lima negeri, kita doakan moga hasrat itu tercapai. Lebih penting semoga PAS dapat mempertahankan Kelantan,” katanya.

PAS disingkirkan daripada pakatan pembangkang oleh DAP dan PKR dua tahun lalu kerana enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam yang dianggap DAP dan PKR menyusahkan pembangkang.

Bagaimanapun, PKR dan DAP kembali mempelawa PAS supaya bekerjasama dengan mereka selepas mendapati sokongan umat Islam ke atas mereka merosot berdasarkan penyertaan umat Islam dalam perhimpunan anti kerajaan Bersih 5.

PAS menolak pelawaan itu atas dasar akidah menyebabkan pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan menyerang parti itu dengan pelbagai dakyah dan propaganda seperti yang mereka lakukan ke atas UMNO selama ini. – MYNEWSHUB.CC

Advertisements

One thought on “Biarkan PAS Bersendirian, Kata AMK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s