Ketua AMK Ampang Tidak Perlukan Bantuan Jentera PAS

AIDCNews – 23/03/17 – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah mendakwa tidak memerlukan bantuan jentera PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang lalu.

Malah dakwanya, kemenangan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dalam PRU 13 di Parlimen Ampang disebabkan kekuatan jentera PKR sendiri khususnya di kalangan anggota AMK dan sayap wanita PKR.

“Parti Keadilan Ampang mempunyai kekuatan Angkatan Muda dan Sayap Wanita Keadilan yang cukup serta kami sendiri yang menguruskan segala hal mengenai PRU-13 yang lalu.

“Angkatan Muda Keadilan Ampang kesal, dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh setiap dewan pemuda PAS kawasan di Selangor yang menyerang Menteri Besar.

“Seolah-olah sedikitpun tidak menghiraukan masa depan negara yang kini berada didalam keadaan mendung dan bergelumang dengan rasuah serta salah gunakuasa,” katanya yang juga Timbalan AMK Selangor dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengecam kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Ampang, Azwan Zainuddin yang mengkritik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana mengeluarkan kenyataan biadap terhadap Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

“Kami juga mendesak PAS Pusat supaya membatalkan sebarang kerjasama di semua peringkat dengan PKR pada PRU-14 nanti. Cukuplah pengorbanan kami selama ini,” kata Azwan.

Bingkas membidas kenyataan Azwan itu, Adam Rosly yang pernah terbabit dalam kontroversi banglo ‘Disneyland’ di Kampung Melayu Ampang baru-baru ini menegaskan AMK akan mempertahankan maruah Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PKR.

Adam mendakwa Nik Abduh yang mula bermain api dan Azmin hanya membidas provokasi nakal Ketua Pemuda PAS Malaysia itu.

“Tindakan Nik Abduh untuk menawan Selangor, sudah cukup mengambarkan bahawa PAS yang mula bermain api serta menimbulkan provokasi nakal yang hanya memuaskan nafsu politik serakah UMNO dan Barisan Nasional,” katanya

Advertisements

2 thoughts on “Ketua AMK Ampang Tidak Perlukan Bantuan Jentera PAS

  1. cakap besar budak hingusan PKR ni… tanpa belas kasihan PAS, PKR takkan berada pada kedudukan spt hari ini… tunggu je PRU14…siapa yg masuk longkang… jangan hairan selepas PRU14 nanti, ni melayu2 bebal PKR akan terhegeh2 menjilat lobang taik kafir2 DAP…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s