Putuskan Tahaluf Siyasi Dengan PKR -Pemuda PAS Kuala Selangor

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor( DPPKS) dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang ke 27 sebulat suara meluluskan Usul Putus Tahaluf Siyasi Pilihanraya bersama PKR. Keputusan diambil kira berdasarkan bukti bukti dan peristiwa yang berlaku.

1. Pemimpin pemimpin PKR Melayu Islam memandang sinis usaha memartabatkan mahkamah Syariah dan memejamkan mata dalam penerangan dan penjelasan yang diberikan.

2. PRK Sungai Besar melihatkan pengkhianatan yang jelas terhadap unsur unsur Tahaluf Siyasi PAS yang telah digariskan oleh Majlis Syura Ulama.

3. Isu Air Selangor dan pertikaian dengan SPLASH yang masih tidak diselesaikan boleh menyebabkan reputasi PAS sebagai kerajaan bersama di bawah Undang Undang Tubuh Negeri Selangor boleh menyeret PAS dalam krisis keyakinan rakyat terhadap tindak tanduk kerajaan yang ada.

Tiga isu ini sebahagian bukti yang secara syariatnya, tahaluf siyasi pilihanraya bersama PKR perlu diputuskan.

Adapun keberadaan PAS dalam Kerajaan negeri Selangor di bawah peruntukan Undang Undang Tubuh Negeri yang berketuakan Sultan.

Sekiranya Menteri Besar Selangor dari PKR merasakan mampu memecat exco exco PAS, kita akan terima dan bergerak seperti biasa. Yang penting prinsip bersama Islam mesti dipegang. Kemenangan dan rahmat adalah pemberian Allah. Sekiranya, yang dilakukan menepati syarat Allah. Kemenangan pasti dapat dikecapi jua.

Maka, DPPKS tetap mengajak semua Ahli PAS berpegang teguh dengan prinsip politik Islam dan mengotakannya walaupun sukar demi mencapai berpolitik yang memuliakan Islam dan mencari redha Allah. Yakinlah bahawa kemenangan mutlak hanya tercapai dengan Redha Allah swt.

AHMAD HAKIMI OTHMAN.
KETUA PEMUDA DPP KUALA SELANGOR.

Advertisements

One thought on “Putuskan Tahaluf Siyasi Dengan PKR -Pemuda PAS Kuala Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s