Azmin Jadi MB Selangor Bukan Kerana PAS – Wanita PKR Selangor

AIDCNews – 24/03/17 –Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berkata perlantikan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor kerana persetujuan rakan-rakan Pakatan Rakyat dan bukannya hanya PAS.

“Azmin dilantik sebagai Menteri Besar Selangor oleh Sultan Selangor atas cadangan dan persetujuan rakan-rakan dalam pakatan dan bukan kerana PAS.

“Sebanyak 28 daripada 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada pakatan menyokong dan tiada satu pun daripada PAS,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, Ketua Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan menyifatkan Azmin sebagai manusia lupa daratan yang tidak boleh dijadikan kawan kerana melupakan jasa PAS mengangkatnya menjadi Menteri Besar Selangor.

Ia berikutan kebiadapan Azmin mencemuh Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang dilabelnya sebagai ‘Tok Lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur’

Susulan isu itu, Haniza mendakwa Dewan Muslimat PAS Selangor telah menjadi `budak suruhan’ Nik Abduh untuk mengkritik Azmin.

Beliau malah mengingatkan Dewan Muslimat PAS Selangor bahawa beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di Selangor masih kekal menjadi Exco Kerajaan Selangor atas sifat berlapang dada Azmin selaku Menteri Besar.

“Wanita Keadilan mendesak Wan Hasrina Wan Hassan (Ketua Muslimat PAS Selangor) menarik kembali kenyataannya serta-merta. Guna saluran yang betul jika ingin luahkan rasa tidak puas hati daripada menjadi `budak suruhan’ Nik Mohamad Abduh,” katanya.

Haniza dalam pada itu mengingatkan Wan Hasrina bahawa beliau merupakan salah seorang Ahli Majlis Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang dilantik oleh kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Azmin.

“Sebaliknya Wan Hasrina menyerang dan mengutuk Kerajaan Selangor dan Menteri Besar dengan kenyataan yang tidak berasas,” katanya lagi.

PKR dan DAP pada tahun 2014 menggulingkan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan Menteri Besar Selangor kerana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyandang jawatan itu.

Wan Azizah bagaimanapun gagal menjadi Menteri Besar kerana tidak mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda kemudian memperkenan Azmin menjadi Menteri Besar Selangor selepas nama beliau dikemukakan sebagai calon alternatif oleh pakatan pembangkang termasuk PAS untuk mengisi jawatan berkenaan.

Advertisements

One thought on “Azmin Jadi MB Selangor Bukan Kerana PAS – Wanita PKR Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s