Ikut Syarat DAP Jika PAS Mahu Berdamai, Sikap Diktator Kit Siang Makin Terserlah

AIDCNews – 24/03/17 –Sikap diktator penasihat DAP, Lim Kit Siang semakin terserlah apabila beliau berkata perdamaian parti itu dengan PAS hanya boleh dicapai apabila Presiden parti Islam, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju dengan apa yang dihajati DAP.

Kit Siang meletakkan syarat jika PAS mahu bergabung dengan Pakatan Harapan Abdul Hadi mestilah bersama-sama dengan agenda DAP untuk menyelamatkan Malaysia.

“Sama ada beliau (Abdul Hadi) mahu menyelamatkan Malaysia atau menyelamatkan Najib, biarlah beliau yang putuskan,” katanya pada sidang media di Alor Setar, Jumaat.

Pada Khamis, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, adalah lebih baik sekiranya PKR dan PAS bekerjasama untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, pemegang ketiga Kursi Tun Hussein Onn di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram merumuskan faktor DAP merupakan punca perpecahan Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai tiga parti, DAP, PKR dan PAS.

“Sewaktu Pakatan Rakyat, ketiga-tiga parti utama masing-masing menjaga kepentingan parti dan kadangkala tidak menghormati keputusan bersama.

“Selepas pilihan raya lepas, DAP lah yang keluar dari Pakatan, bukan Pas. Tindakan itu telah menghancurkan kerjasama,” katanya dalam satu wawancara.

Mengulas lanjut, Dr Jomo berkata, keadaan menjadi semakin rumit menjelang Muktamar PAS dua tahun lalu.

“Pimpinan DAP jelas campurtangan hal dalaman PAS, dengan menyokong Mat Sabu dan menentang Haji Hadi, kononnya atas soal kerjasama pembangkang.

“Kemudian, apabila Mat Sabu serta golongan yang dipinggirkan dalam PAS keluar menubuhkan Amanah, DAP jelas menyokong mereka.

“Pemimpin UMNO juga berjaya mengambil kesempatan dalam keadaan kucar-kacir ini untuk memastikan pihak pembangkang tidak bekerjasama. Media massa dan badan kerajaan tertentu turut main peranan,” katanya lagi.

Advertisements

One thought on “Ikut Syarat DAP Jika PAS Mahu Berdamai, Sikap Diktator Kit Siang Makin Terserlah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s