Iskandar Berat Hati Putus Hubungan Dengan PKR Selangor

KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berat hati untuk bersetuju dengan gesaan beberapa cawangan Dewan Pemuda Pas (DPP) di negeri itu yang mahu parti memutuskan hubungan dengan PKR.

Menurutnya, sekiranya ia dibuat kesan buruk pasti dihadapi oleh parti di Selangor.

Lagi pun, menurut Iskandar, sebarang keputusan berhubung kemelut hubungan antara Pas Selangor dengan PKR hanya boleh dimuktamadkan dengan melalui proses di muktamar dan Majlis Syura Ulamak

“Sebarang usul untuk putuskan hubungan dengan PKR bermakna juga usul agar Pas menarik diri dari kerajaan negeri Selangor sekarang. Bagaimana Pas hendak terus berada dalam kerajaan negeri jika Pas tidak ada hubungan politik dengan parti-parti di dalam kerajaan?” jelas Iskandar yang juga Naib Presiden Pas kepada Malaysia Gazette.

Iskandar diminta mengulas mengenai langkah DPP Subang dan Kuala Selangor yang sudah meluluskan usul agar hubungan dengan PKR diputuskan baru-baru ini.

Keadaan politik antara PKR dan Pas juga semakin tegang itu ekoran komen Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin yang menyindir Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam akaun Twitter baru-baru ini berhubung isu ‘tok lebai’ mahu menawan Selangor.

Justeru, Iskandar yang juga salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor menggesa supaya akar umbi tidak terburu-buru dan mengikut hawa nafsu dalam membuat sebarang keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PKR memandangkan hubungan mereka dalam peringkat pentadbiran masih berjalan dengan baik.

“Memang Pas tidak ada hubungan politik dengan DAP sekarang tetapi Menteri Besar bukan daripada DAP jadi urusan kerajaan masih boleh berjalan.

“Itu sebab perkara ini perlu diperhalusi dengan teliti. Islam melarang kita membuat keputusan yang terburu-buru atau menurut hawa nafsu,” ujarnya.

Bagaimanapun, sekrianya pihak pimpinan tertinggi parti sudah memuktamadkan keputusan kelak, Iskandar berkata, semua ahli terpaksa akur dengan keputusan tersebut.

Dalam masa yang sama beliau mengingatkan, banyak implikasi yang bakal dihadapi jika Pas ‘bercerai’ dengan PKR di Selangor.

Salah satu daripadanya, ahli-ahli Pas di Selangor yang kini memegang jawatan seperti ahli majlis pihak berkuasa tempatan, ketua kampung dan pelbagai jawatan lain akan digugurkan, katanya.

Lebih tragis, katanya, kekosongan itu akan diisi oleh wakil rakyat dan pimpinan parti serpihan Pas iaitu Parti Amanah Negara (PAN).

“Walaupun ini bermakna tempat Pas di dalam kerajaan akan diambil alih oleh PAN. Kami faham exco, ahli majlis, ketua kampung dan nazir masjid Pas akan digantikan oleh orang-orang PAN jika Pas keluar daripada kerajaan.

“Tetapi jika muktamar dan Majlis Syura Ulamak Pas membuat keputusan untuk putus dengan PKR, Pas Selangor akan akur.

Selain itu, Iskandar juga tidak menolak pengaruh Pas peringkat akar umbi bakal menerima tempias teruk sekiranya ia berlaku tetapi ia perlu dihadapi walaupun berat.

“Kami faham pengaruh Pas peringkat akar umbi akan terjejas akibat kehilangan ini tetapi kami percaya akan keberkatan mematuhi keputusan yang dibuat secara kolektif. Walaupun berat tetapi ia perlu kami hadapi di Selangor,” katanya.

Hari ini, DPP Kuala Selangor menggesa Mohamed Azmin supaya memecat exco negeri daripada parti Islam itu dan menegaskan mereka tidak kisah untuk bergerak bersendirian.

Terdahulu, Dewan Pemuda Pas Subang dan Pandan juga sudah memberikan bayangan ketetapan serupa akan diambil dengan menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden PKR itu sebagai biadab. – MalaysiaGazette.

Advertisements

One thought on “Iskandar Berat Hati Putus Hubungan Dengan PKR Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s