Isu Hubungan PAS & PKR, Faekah Kritik Sikap Kurang Matang Wan Azizah

AIDCNews – 24/03/17 –Bekas setiausaha politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengkritik sikap tidak matang Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkaitan isu hubungan PAS dan PKR.

Faekah Husin berkata Wan Azizah sepatutnya menjadi pendamai berkaitan dengan hubungan antara kedua parti itu dan bukannya turut sama mahu ‘berperang’ dengan PAS.

“Ya rabbi. Ingatkan ibu membawa tenang rupanya sama selinsing lengan. Kalau begini, apa lagi yang nak diharapkan..,”katanya dalam Twitter.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terbaharu Wan Azizah kepada Antarapos yang disifatkan angkuh dan sombong dengan mendakwa PAS semakin kuat disebabkan faktor ‘reformasi’ anjuran partinya.

“Sejak tahun 1999 saya melihat sikap PAS di bawah Allahyarham Fadzil Noor dan (beliau) mendapat sokongan apabila beliau menyokong reformasi dan pembangkang.

“Pada waktu itu PAS menyokong kami semua dan mendapat (keputusan) paling tinggi dalam pilihan raya dan (beliau) dapat menjadi ketua pembangkang,” ujarnya ketika ditemui pemberita di Dewan Rakyat.

Wan Azizah ketika ditemui enggan mengulas ‘tweet’ Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyindir Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz baru-baru ini.

“Beliau (Azmin) sudah jawab. Tak payah (saya) jawab,” ujarnya ringkas.

Azmin pada beberapa hari lalu menyindir Nik Abduh sebagai ‘tok lebai’ yang bercita-cita tinggi mahu menawan Selangor, sedangkan beliau kalah dalam pemilihan parti di kawasannya.

Nik Abduh kalah teruk pada pemilihan PAS peringkat kawasan di Pengkalan Chepa apabila hanya mendapat 37 undi berbanding lawannya Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Dr Izani Husin (207 undi).

Azmin menyindir Nik Abduh selepas Ahli Parlimen Pasir Mas itu menulis di laman Facebooknya bahawa persetujuan untuk PKR menerajui Selangor tidak akan sentiasa kekal seperti sebelum ini.

Nik Abduh berkata demikian sebagai mengulas hasrat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mensasarkan kemenangan di lima negeri termasuk Selangor, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Advertisements

One thought on “Isu Hubungan PAS & PKR, Faekah Kritik Sikap Kurang Matang Wan Azizah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s