PKR Yakin Kemelut Dengan PAS Dapat Diselesaikan

KUALA SELANGOR: Walaupun keretakan hubungan antara PKR dan PAS dilihat semakin meluas, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin kemelut itu dapat diselesaikan dengan cara berbincang.

Katanya, tradisi berbincang bagi mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah perlu diteruskan oleh kedua-dua pihak dan tidak perlulah mana-mana pihak berlawan-lawan mengeluarkan kenyataan yang tidak membawa apa-apa kebaikan kepada mana-mana parti.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini Jumaat ketika ditanya mengenai hubungan antara kedua-dua parti yang dilihat tegang kebelakangan ini selepas PKR tetap dengan keputusan untuk menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP dan Parti Bersatu Pribumi Malaysia yang membentuk Pakatan Harapan.

Media sebelum ini melaporkan bahawa isu kerjasama politik antara kedua-dua parti akan dibawa ke Muktamar PAS yang akan datang bagi dibincang sama ada perlu diputuskan.

Kemelut berkenaan semakin meruncing apabila Ketua Dewan Pemuda, PAS Nik Abduh Nik Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa parti berkenaan akan menawan Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan itu kemudian disindir oleh Mohamed Azmin di laman sosial miliknya yang memuat naik kenyataan “Ada pak lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur” yang kemudian menimbulkan pelbagai reaksi. – BERNAMA

Advertisements

3 thoughts on “PKR Yakin Kemelut Dengan PAS Dapat Diselesaikan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s