Orang Kuat Azmin Label Nik Abduh Seumpama ‘Terkentut Di Khalayak Ramai’

AIDCNews – 25/03/17 – Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Shuhaimi Shafie melabel Ketua Pemuda PAS pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dengan gelaran hodoh yang diumpamakan seorang yang ‘terkentut di khalayak ramai’.

Shuhaimi menuduh Nik Abduh tidak bertanggungjawab dan tidak peka dalam menjaga hubungan yang sekian lama terjalin antara PAS dan PKR khususnya di Selangor.

Gesanya, Nik Abduh patut memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkaitan dengan kenyataannya yang mengeruhkan hubungan PKR dan PAS di negeri itu.

“Pada saya, apa yang dibuat oleh Nik Abduh sama seperti ‘terkentut di khayalak ramai’.

“Ia mungkin berbau busuk dan memalukan, namun boleh diselamatkan dengan ungkapan maaf yang sopan darinya,” katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, Nik Abduh mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS menyasarkan mentadbir Selangor pada pilihan raya umum ke-14, selain Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak.

Marah dengan kenyataan itu, Azmin pada Selasa menulis di Twitter menghina ‘Tok Lebai’ tanpa menamakan sesiapa dengan kata-kata “Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur.”

Sambil memuji kepimpinan PAS Selangor, Shuhami membangkitkan apa maksud kenyataan Nik Abduh itu.

“Jadi, apakah maksud Nik Abduh jika kerajaan yang turut melibatkan pimpinan PAS ini juga ingin diambil alih untuk diperintah oleh PAS?

“Secara tidak langsung adakah ia bermaksud akan wujud kerjasama dengan UMNO dalam mentadbir negeri?” soalnya.

Advertisements

3 thoughts on “Orang Kuat Azmin Label Nik Abduh Seumpama ‘Terkentut Di Khalayak Ramai’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s