PAS Selangor Tidak Campur Isu `Tok Lebai’

KUALA LUMPUR – Pas Selangor mengambil langkah berkecuali apabila tidak mahu masuk campur berhubung sindiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang didakwa ditujukan kepada seorang pemimpin tertinggi parti itu.

Setiausaha Pas Selangor, Khairuddin Othman berkata, perkara berkenaan tidak perlu diperbesarkan memandangkan Azmin sendiri tidak menamakan individu itu di sebalik panggilan ‘tok lebai’ pada status Twitternya itu.

“Saya tidak mahu mengulas, melainkan MB sebut terang-terangan barulah kita boleh beri respon. Jika tweet begitu, kita tidak tahu beliau rujuk pada siapa,” katanya kepada sebuah laman portal.

Khairuddin mendakwa, kedudukan Pas di Selangor, termasuk tiga exco dan wakil rakyatnya masih stabil meskipun terdapat ura-ura menyatakan tweet itu ditujukan Azmin terhadap Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz.

“Kita di Selangor masih terkawal, cuma orang luar yang tak boleh kawal diri,” kata ADUN Paya Jaras itu.

Bagaimanapun Khairuddin tidak mengulas lanjut berkenaan orang luar yang tidak pandai mengawal diri.

Sebelum ini, Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Borhan Aman Shah dalam satu kenyataan ‘menuduh’ tiga pimpinan parti tersebut iaitu Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Pemuda, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz dan ahli jawatankuasa, Dr Zuhdi Marzuki yang memulakan percetusan itu.

Beberapa hari lalu, Azmin melalui media sosial mengeluarkan kenyataan mempersendakan kekuatan seorang ‘tok lebai’ selepas dikatakan bercita-cita mahu mentadbir Selangor, meskipun individu terbabit ‘kalah tersungkur’ di kawasan sendiri.

Tweet itu didakwa ditujukan kepada Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang kalah dalam pemilihan Pas kawasan Pengkalan Chepa, tetapi bercita-cita menawan Selangor dalam PRU-14.

Tweet Azmin itu mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan ahli-ahli parti Islam berkenaan terutama akar umbi di Selangor.

Pemuda Subang dan Muslimat Pas Selangor menyelar Azmin dengan mengumpamakan beliau sebagai kacang lupakan kulit serta berfikiran cetek. – MalaysiaGazette

Advertisements

2 thoughts on “PAS Selangor Tidak Campur Isu `Tok Lebai’

  1. Kalau tak faham Azmin tujukan pada saia ,elok mereka yg begitu istihar masuk PAN saja,kerana rakyat sangat fahaman mengapa mereka bersikap ‘tak faham ‘ begitu.Sayangkan kedudukanlah tu.Kalau dalam soal semudah ini pun mereka tak mampu menyatakan pendirian,bagaimana nanti kalau timbul isu Islam yg bertentangan dgn DAP dan PKR seperti yg pernah berlaku di masa Dr Hassan Ali dulu.Boleh kah mereka yg seperti ini mempertahankan Pas dan Islam satu ketika nanti?.Hayat kuasa mereka hanya tinggal beberapa bulan saja lagi,selepas PRU 14 nanti semuanya akan berubah.Masih tak sedar.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s