PKR Selangor Tuduh Hadi, Nik Abduh & Dr Zuhdi Pencetus Krisis

Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor setelah meneliti perkembangan dan krisis terbaru PAS – KEADILAN yang berlaku akhir-akhir ini telah terpanggil utk mengeluarkan kenyataan media pada hari ini.

KEADILAN Selangor telah memikirkan tindakan lebih bijaksana dan rasional dengan ini menggesa supaya perang mulut di antara PAS – KEADILAN ini supaya dapat dihentikan segera.

Bagi KEADILAN Selangor khususnya berpendapat musuh sebenar politik kita ialah UMNO BN dan bukan PAS itu sendiri. Mentelahan pula PAS di Selangor masih lagi secara rasmi dalam ‘Ikatan Persefahaman’ atau ‘Mutual Understanding’ khususnya diantara pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang mana ADUN-ADUN, ahli-ahli Majlis, serta Ketua Kampung PAS masih kekal di dalam Kerajaan Negeri Selangor ini.

Krisis ini bermula apabila pada awalnya dicetuskan sendiri oleh para Pimpinan Tertinggi PAS seperti TG Dato Seri Hj Abd Hadi Awang, YB Nik Abduh Nik Aziz, Dr Zuhdi dan lain-lain.

Disebabkan provokasi dan isu-isu yang ditimbulkan oleh para Pimpinan PAS lah maka YAB Dato Seri Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor telah memberikan respon segera dan agak kritis bagi menyangkal serangan dan tohmahan yang dibangkitkan oleh pimpinan PAS ini sehingga menimbulkan ketegangan dan situasi kurang sihat diantara kedua belah pihak.

KEADILAN Selangor dengan ini menekankan sekali lagi supaya krisis ini diberhentikan dengan segera. Soal PAS khususnya Selangor ingin meneruskan gabungan di dalam Pakatan Harapan di dalam PRU 14 yang akan datang adalah soal ke 2, apa yang penting adalah keharmonian dan silaturrahim harus dijaga dan dipupuk demi menjaga kepentingan Parti dan juga mengelakkan kekeliruan di kalangan penyokong Parti masing-masing.

Kita tidak mahu disebabkan retorik politik dan perbezaan perbezaan idealogi di antara kedua pihak akan menjejaskan juga pentadbiran kerajaan negeri dan akhirnya tidak menguntungkan mana-mana pihak dan kepentingan rakyat akan terjejas.

Akhirnya hentikanlah tohmahan dan tuduhan melulu dari pihak PAS khususnya serangan secara peribadi keatas YAB Dato’ Seri Azmin Ali iaitu Menteri Besar Selangor yang mana kami mendapati kebanyakan tuduhan yang dilemparkan serta isu-isu yang dibangkitkan adalah tidak berasas langsung dan hanya tohmahan palsu semata-mata.

Pendirian kami adalah tegas dan jelas bahawa hubungan baik diantara PAS-KEADILAN khususnya di Selangor ini harus dijaga dan dikekalkan sepertimana sebelum ini.

BORHAN AMAN SHAH
SETIAUSAHA
MAJLIS PIMPINAN KEADILAN SELANGOR

Advertisements

2 thoughts on “PKR Selangor Tuduh Hadi, Nik Abduh & Dr Zuhdi Pencetus Krisis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s